Hilangkan Gout Semulajadi Supaya Tak Perlu Painkiller Bahaya Lagi

Anda sudah tidak mahu lagi ambil painkiller, tapi mahu hilangkan gout bukan? Usah risau sebab ada cara yang semulajadi untuk mengelakkan  kaki bengkak dan sakit yang perit.

Teringat ayah saya sendiri. Sewaktu goutnya teruk dahulu, kakinya membengkak dan kemerah-merahan. Ayah kata sakitnya macam kena hiris pisau bila kain pelikatnya terkena pada kaki.

Sangat menyakitkan bukan?

Adakah Ubat Hilangkan Gout?

Menurut Dr. Mercola, seboleh mungkin elakkan mengambil ubat seperti painkiller. Ini kerana terlalu sedikit bukti yang ubat-ubatan boleh menyembuhkan gout.

Fungsi ubat adalah untuk menyekat simptom dari semakin teruk. Tetapi tidak mampu merawat penyakit.

Apa yang lebih membimbangkan, kesan sampingan ubat gout boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup anda sendiri. Contoh kesan sampingan:

  • Masalah pada perut, antaranya loya, muntah-muntah, cirit birit, sembelit dan kurang selera makan
  • Ruam, pening-pening, sakit kepala dan mengantuk
  • Bengkak air
  • Nafas menjadi pendek, tercungap-cungap
  • Kegagalan buah pinggang dan hati, ulser dan pendarahan yang lama akibat kecederaan

Oleh itu, sebaiknya pilih rawatan yang semulajadi untuk hilangkan gout. Bukan saja penyakit itu dalam dipulihkan, kesihatan secara menyeluruh juga menjadi lebih baik.

10 Cara Rawat Gout Tanpa Ubat

  1. Apabila gout menyerang, makan sayuran dan buah-buahan yang tak dimasak. Pilih yang kaya vitamin C. Lakukan ini selama dua minggu.
  2. Elak makan makanan yang mengandungi purin. Purin ini faktor utama dalam penghasilan asid urik.
  3. Nikmatilah makanan yang baik seperti nasi, sayuran berkanji (seperti keledek), sayuran hijau, jagung, telur dan susu.
  4. Minum air yang mencukupi. Ini sangat membantu bagi mengeluarkan lebihan asid urik dari badan.
  5. Elakkan daging merah, apatah lagi organ dalamannya. Seperti hati dan limpa. Makanan ini ada asid urik yang sangat tinggi.
  6. Jika anda ambil alkohol, kurangkan dan cuba untuk berhenti mengambilnya.
  7. Makanan bergoreng wajib dielakkan. Walaupun hanya menggunakan minyak yang sedikit.  Tindakbalas makanan dan minyak akan menggalakkan penghasilan asid urik.
  8. Tinggalkan makanan tinggi gula, contohnya kek dan kuih muih.
  9. Kurangkan pengambilan kafein. Mungkin anda tidak tahu, teh dan coklat juga ada kafein yang banyak.
  10. Usahakan untuk mengurangkan berat badan. Ia sangat membantu mengurangkan asid urik.

Nampak macam mudah untuk dilakukan bukan? Tetapi cara ini ada beberapa kekangan seperti sukar untuk kawal pemakanan.

Jadual harian yang padat, membuatkan anda makan apa saja yang mudah dapat asalkan kenyang.

Tak tahan godaan makanan yang sedap-sedap. Akhirnya suka atau tidak anda terpaksa telan ubat painkiller.

Nanti dulu, ada satu lagi cara bagaimana anda boleh hilangkan gout secara semulajadi tanpa perlu berpantang kaw-kaw dari makanan yang anda suka.

Cara Hilangkan Gout Tanpa Berpantang Teruk

Anda perlu mengambil suplemen kaya antioksidan. Lebih baik lagi jika suplemen tersebut mengandungi resveratrol dan polyphenol.

Seperti Vivix Shaklee.

Ia supplemen 100% semulajadi. Dihasilkan dari kombinasi tumbuhan botanikal yang telah terbukti berkesan melawan keradangan penyakit gout.

Selain itu, Vivix juga mengawal penghasilan asid urik supaya tidak berlebihan. Asid urik yang terlebih inilah penyebab utama serangan gout.

Dan dalam masa yang sama, suplemen ini meredakan kesakitan dan bengkak pada sendi-sendi. Sebagai bonus, ia juga akan menambah baik kesihatan anda secara menyeluruh.

Testimoni Vivix, Dulu Setiap Hari Ambil PainKiller Hilangkan Gout Sekarang Tidak Lagi

hilangkan gout semulajadi

Syukur apabila sakit gout yang sudah berpuluh tahun dapat dihilangkan dengan Vivix.

Tak perlu lagi makan painkiller.

Setiap manusia berhak dapatkan peluang kedua untuk sihat. Berikan peluang ini kepada diri anda sendiri.

Sayangi diri anda dan ikhtiar untuk dapatkan rawatan yang terbaik seperti Vivix ini.

Hubungi saya segera;

Suriya Majid

Pro Shaklee Independent Distributor (Pro SID)

SMS/WA;

0167731892

Emel;

suriyaabmajid@gmail.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *