11 Perkara Malang Jika Berhenti Melakukan Hubungan Intim

Ini sering terjadi kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Mereka berhenti melakukan hubungan intim. Rugi! Tahukah anda yang hubungan intim ini ada faedahnya untuk kesihatan?

11 Faedah Yang Anda Tidak Lagi Dapat Sebab Berhenti Melakukan Hubungan Intim

1- Endorphins Berkurang

Ransangan dan orgasm menghasilkan satu bahan kimia yang membuatkan anda berasa hebat. Itulah endorphins. Cuba ingat kembali, ketika bersama pasangan ketika berhubung apa yang ada rasa?

Lebih tenang dan rasa hebat bukan?

Anda berhenti melakukannya, ini sangat merugikan.

2- Lebih Tekanan

Setuju bukan kalau saya kata anda akan lebih relax setelah melakukan seks bersama pasangan? Kurang melakukan seks, bermakna lebih tekanan untuk anda.

Kajian di dalam Journal of Family Psychology in 2010 menyatakan, pelajar perempuan yang kurang melakukan hubungan intim lebih stress. Berbeza dengan mereka yang kerap membuat aktiviti ini, mereka lebih tenang.

3- Kurang Kasih Sayang

Hubungan intim suami isteri menjadikan satu-satu pasangan menjadi lebih berkasih sayang. Masing-masing merasakan ikatan cinta yang utuh.

Sering kali juga kita mendengar bahawa isteri terasa tidak lagi dihargai kerana suami tak lagi berminat untuk bersama-sama. Risiko keretakan rumah tangga boleh berlaku akibat dari masalah yang nampak remeh ini.

Hormon oxytocin yang dirembeskan. Hasil dari sentuhan akan menyebabkan suami isteri merasa lebih percaya dan rapat. Jangan pelik jika anda rasa renggang dengan pasangan. Cuba kira sudah berapa kali ada melakukan hubungan intim dalam minggu ini?

4- Kurang Yakin Diri

Anda mula rasa tidak selamat dan kurang keyakinan diri. Ini juga satu keburukan apabila anda membuang hubungan intim dari hidup anda.

Ini akan mempengaruhi prestasi anda di tempat kerja. Carilah punca kenapa masalah ini berlaku, dan atasinya untuk hidup lebih bahagia.

5- Mati Pucuk Akibat Kurang Melakukan Hubungan Intim

Kajian oleh terapi seks Doktor Stephan Snyder mengatakan ‘routine intercourse’ boleh mengelakkan mati pucuk dari berlaku.

Disfungsi ekersi atau mati pucuk ini boleh membawa kepada malapetaka dalam hubungan suami isteri. Jika sayangkan pasangan, jalankanlah tanggungjawab fizikal ini. Harmoni rumah tangga.

6- Vagina Lemah

Mungkin anda tidak tahu, tapi hubungan intim baik untuk vagina yang sihat dan kuat. Kering dan kurang anjal adalah hasil dari perubahan hormon.

Ini dapat diselesaikan dengan melakukan hubungan secara rutin. Mungkin 3-4 kali seminggu. Ia me merangsang penyaluran darah yang baik ke kemaluan. Ini sangat membantu otot vagina menjadi kuat dan elastik.

7- Kurang Pelincir

Pelincir pada kemaluan memainkan peranan penting dalam kejayaan melakukan hubungan intim. Jika kering, anda bukan saja tak merasa nikmat. Malah rasa terseksa semasa bersama.

Jadi usah pandang remeh hubungan yang mulia ini. Allah SWT telah jadikan isteri itu pakaian untuk suami dan sebaliknya. Jika bermasalah, selesaikanlah.

8- Tak Bersemangat

Masalah hubungan seks ini sangat mempengaruhi kehidupan harian. Anda boleh jadi tak bersemangat dan moody disebabkannya.

Petikan dari Journal of Economic Behavior and Organization, Mei 2015. Jika anda mengalami depresi, anda juga kurang berminat untuk hubungan seks.

9- Jantung Kurang Sihat

Sayangkan jantung? Jadi usahlah berhenti lakukan rutin hubungan intim. Betul tiada kajian yang membuktikan seks dapat mengelakkan penyakit jantung.

Tapi anda sendiri setuju bukan yang seks dapat mengurangkan rasa tertekan? Kurang tertekan atau stress baik untuk kesihatan jantung.

10- Fungi Sistem Imun Lemah

Hormon baik yang terhasil dari hubungan intim sangat baik untuk sistem imun badan. Anda tidak mudah terkena penyakit berjangkit seperti batuk, demam atau selsema.

Kalau pun terkena, lebih cepat untuk kembali sihat.

11- Libido Rendah

Semakin kurang anda melakukan aktiviti ini, semakin kurang kehendak anda untuk lakukannya di masa depan. Nantinya anda akan berhadapan pula dengan masalah yang lebih kronik, mati pucuk.

It is a snowball effect. Semuanya berkaitan.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Atasi Masalah Ini?

Pertama sekali, berjumpalah dengan doktor pakar. Usah malu untuk bincangkan masalah ini.

Semakin lama tersimpan, semakin bersarang. Akhirnya meletup!

Di samping itu, anda boleh cuba ambil suplemen bagi mengembalikan kemanisan melakukan hubungan seks ini. Vivix Shaklee berfungsi meningkatkan keinginan untuk bersama.

Selain itu, ia meransang penyaluran darah yang baik kepada zakar dan faraj. Wanita yang sudah berumur 60an juga mengaku yang Vivix ini sangat membantu meningkatkan rasa bahagia apabila bersama suaminya.

Usah sia-sia masa yang ada. Bertindak segera. Nyalakan kembali api kehangatan yang dah nak terpadam itu.

Hubungi saya segera;

Suriya Majid

Pro Shaklee Independent Distributor (Pro SID)

SMS/WA;

0167731892

Emel;

suriyaabmajid@gmail.com

Nak beli terus secara online? Klik saja pada http://shaklee.com.my dan ikuti arahan selanjutnya.

4 Replies to “11 Perkara Malang Jika Berhenti Melakukan Hubungan Intim”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *