mula bisnes shaklee

5 Tips Pilih Mentor Sebelum Mula Bisnes Shaklee

Kerja seorang mentor ini samalah saja macam kerja cikgu, jurutera tak pun eksekutif. Ada yang bagus kerja. Ada yang tak. Pilih mentor yang betul penting sangat sebelum mula bisnes Shaklee.

Tersalah pilih mentor buat buat anda tersesat. Akhirnya give-up dan beralih buat bisnes lain. Padahal potensi bisnes Shaklee sangat besar.

Pendapatan tanpa had!

Ini adalah 5 tips memilih mentor untuk mula bisnes Shaklee;

Asas kepada kehebatan mentor itu adalah pengalaman dalam bidang yang dia usahakan. Bukan sekadar cakap-cakap ikut modul, atau dengar-dengar orang lain cakap.

Barulah ilmu yang anda dapat nanti bukan sekadar teori. Lagi teruk bila ilmu yang anda dapat tu tak boleh pakai.

Tak ke buang masa namanya tu?

Abaikan saja mentor yang tidak pernah berniaga. Silap hari bulan anda pula terpaksa tunjuk ajar si mentor tak boleh pakai tadi.

Pengalaman yang ada pada mentor penting. Supaya anda tak lah ulang kesilapan sama yang pernah dibuat oleh mentor ada dulu.

Lebih jimat masa untuk kembangkan bisnes anda bukan?

Zaman sekarang aset paling untuk mula berniaga adalah ilmu marketing. Samalah juga untuk mula bisnes Shaklee.

Tak perlu ada kedai, pekerja pun anda dah boleh berniaga. Cuma kalau tak ada ilmu marketing mau melingkuplah bisnes yang anda sudah mula usahakan tu.

Ilmu marketing juga adalah faktor utama bagi menentukan bisnes anda bagus atau tidak.

Biasanya bila anda nak mula berniaga, macam-macam kelas marketing yang anda pergi.

Masalah mula timbul apabila kelas dah habis. Dan anda mula buntu nak mulakannya.

Di sinilah peranan utama mentor. Mentor bukan sekadar tunjuk gitu-gitu.

Tapi mentor yang baik akan ada sentiasa dengan anda. Menjawab setiap soalan marketing yang anda tak paham masa pergi kelas tu.

Oleh itu, carilah mentor yang ada jurus-jurus ilmu marketing. Barulah peluang bisnes anda cerah menyala.

Buat bisnes tak sama langsung dengan makan gaji. Tengok sajalah kat tempat kerja anda, yang asyik mengular pun dapat bonus hujung tahun.

Sebab itulah anda perlukan perancangan rapi. Barulah bisnes yang dimulakan tu menjadi.

Tugas seorang mentor yang bagus, adalah membantu anda membuat perancangan yang baik. Dengan pengalaman yang dia ada, pastilah strategi yang dicadangkan lebih mantap.

Bila mantap, barulah bisnes anda membuahkan hasil yang lebat.

Makin rajin anda usahakan bisnes, makin banyaklah hasil yang dituai. Tak gitu?

 

Jujur ini adalah suatu yang sukar dinilai. Walau bagaimanapun anda perlu mencuba untuk dapatkan mentor yang jujur.

Bukan sekadar yang sembang kencang. Tak kiralah bila jumpa atau dalam media sosial.

Mulakan dulu dengan cuba berkawan dengannya. Biasanya anda akan rasakan aura-aura yang baik bila jumpa orang yang jujur ni.

Pastikan juga mentor tadi konsisten bila berbicara.

Pernah tengok Mark Zurkerberg bergambar dengan kereta power atau rumah terbesar? Inilah yang orang kata, bila dah betul-betul kaya. Orang tu takkan pernah kisah nak cerita apa yang dia ada yang pakai.

Kehebatan yang ada padanya bukanlah pada luaran semata-mata. Tapi kualiti, ilmu dan pengalaman itulah yang membuatkan seorang mentor itu hebat.

Bayangkan Steve Job duduk bersila depan anda, ajarkan cara macam mana nak bangunkan bisnes. Apa perasaan anda?

Begitulah perasaannya kami di iReach Family.

Walaupun mentor sudahpun berjaya buat ratusan juta sales. Masih lagi dia tetap tunduk dengar cadangan kita.

Apatah lagi bila mentor sanggup bersila sama-sama untuk kongsi idea dan pengalaman. Siap sanggup turun dari KL ke JB untuk berjumpa dengan anak buah.

Tak kira lagi dengan pelbagai program yang mentor kami buat. Hanya untuk pastikan kami sama-sama naik ke puncak jaya.

Memang terasa sangat ke-humble-annya tu.

Tak pernah sekalipun mereka ceritakan apa yang dimiliki. Mereka hanya mahu tinggalkan legasi selepas mati.

Sudah nampak kepentingan pilih mentor yang baik? Usah main sapu dan tangkap muat.

Jika anda mahu sama-sama dengan mentor iReach Family kami? Hubungi saya untuk ketahui bagaimana caranya untuk mula bisnes Shaklee anda.

Bertindak segera!

Suriya Majid

Mentor Shaklee iReach

SMS/WA;

0167731892

Emel;

suriyaabmajid@gmail.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge