3 Tips Mudah Turunkan Gula Dengan Cepat, Tanpa Insulin

Insulin adalah cara yang biasa digunakan untuk turunkan gula dengan cepat. Tetapi adakah anda mahu bergantung 100% kepada suntikan insulin? Apatah lagi insulin ini mempunyai kesan burukĀ  jika di ambil untuk satu jangka masa panjang.

Gula yang naik secara mendadak boleh diturunkan dengan cepat menggunakan 3 cara yang amat mudah. Keadaan ini juga dipanggil sebagai hyperglycemia. Ia boleh mengundang komplikasi yang teruk seperti koma.

Oleh itu, sebagai pesakit kencing manis anda perlu tahu 3 cara mudah turunkan gula dengan cepat:

turunkan gula cepat

1-Kekal Hidrat

Lebih banyak minum air kosong adalah lebih baik. Paling kurang 2 gelas air kosong. Air berfungsi untuk mengeluarkan glukose berlebihan dari sistem badan. Ia juga akan stabilkan gula di dalam darah.

2-Bersenam

Bersenam akan membakar lebihan gula supaya dapat ditukarkan kepada tenaga. Ini sangat bagus untuk mengawal dan memastikan kestabilan glukos di dalam darah.

Tips ini juga akan meransang endorphins, menyebabkan anda merasa lebih baik. Jangan lupa untuk semak bacaan gula semasa bersenam. Ini bagi mengelakkan gula turun terlalu rendah dan menyebabkan hypoglycemia.

3-Ambil Protein Packed Snek

Protein bertindak sebagai penstabil gula dalam darah. Ia juga memperlahankan tahap penyerapan glukose. Kesannya anda tidak akan berasa sangat lapar. Keinginan pada gula juga dapat dikurangkan.

Kawalan dan pengurusan penyakit kencing manis adalah lebih baik dari bergantung dengan insulin.

Selain itu, anda juga perlu peka terhadap tanda-tanda gula naik secara mendadak. Antaranya:

  • rasa haus yang melampau
  • badan menjadi terlalu lesu
  • tekak rasa loya dengan tiba-tiba
  • penglihatan menjadi kabur
  • mula rasa tidak sedap badan
  • dan sudah tentu bacaan gula yang terlalu tinggi dikesan

Lakukan 3 cara di atas sebelum gula naik ke tahap yang sangat tinggi. Jika tidak, huru haralah jadinya bacaan gula anda. Sekejap naik, sekejap turun.

Tips ini sangat membantu turunkan gula dengan cepat. Ini kerana insulin mengambil masa sebelum menunjukkan kesannya.

Lagi pula, sampai bila anda mahu bergantung sepenuhnya pada insulin bukan?

Bagi menjadikan 3 tips tadi lebih berkesan:

  • elak makan snek yang ada gula tinggi bersama dengan protein. Ini hanya akan membantukan kebaikan protein yang mengawal gula.
  • mentega kacang tanpa gula dan 1 auns keju adalah sumber protein yang baik.
  • peka terhadap keadaan diri sendiri setiap masa.

Anda mungkin alami kesukaran buat permulaan. Tetapi semakin kerap anda lakukannya, semakin mahir teknik anda menangani penyakit seumur hidup ini.

Kawalan dan pengurusan penyakit kencing manis yang bagus menjadikan hidup anda lebih baik.

Selain itu, pengambilan suplemen juga penting bagi menambah keberkesanan terhadap pengurusan kencing manis. Jika anda mahu mula mengambil suplemen, sila pastikan;

  • tiada sebarang bahan steroid yang hanya memburukkan kesihatan.
  • tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang merbahaya.
  • suplemen telah menjalani ujian klinikal dan terbukti selamat dan berkesan. Seperti Vivix.

Buatkan satu target jangka pendek seperti 21 hari untuk anda mulakan 3 tips turunkan gula dengan cepat ini. Jika anda berjaya, ia akan menjadi rutin dan semuanya akan berjalan denganĀ  mudah dan lancar.

Saya mendoakan semoga kesihatan anda bertambah baik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *