Buta Akibat Kencing Manis, 5 Tips Supaya Kekal Melihat

Seramai 235,000 orang buta akibat kencing manis pada tahun 2000. Dr. Mafauzy Mohamed menganggarkan seramai 25,000 orang pesakit diabetes lagi akan menjadi buta setiap tahun. Cuba kira sendiri, berapa ramaikah yang sudah buta sebab penyakit durjana ini?

Dr. Mafauzy Mohamed adalah Pengarah Kampus dan Profesor Perubatan dari Universiti Sains Malaysia, Kampus Kelantan. Beliau juga terlibat secara aktif dalam penyelidikan mengenai penjagaan diabetes tempatan.

Oleh itu, jika anda salah seorang pesakit kencing manis hakikat ini pasti merisaukan anda bukan?

Komplikasi ini juga disebut sebagai retinopati diabetis. Keadaan boleh jadi lebih buruk jika anda tidak mengawal dan menguruskan kencing manis dengan baik.

Mata boleh menjadi buta. Atau pusat penglihatan terganggu, anda tidak lagi boleh memfokus. Perkara yang dahulunya mudah seperti membaca dan memandu kenderaan tidak lagi dapat dilakukan.

Berikut adalah 6 tips yang anda perlu lakukan untuk mengelak buta akibat kencing manis:

1-Jaga Gula Dalam Darah

Anda perlu pastikan bacaan gula anda hampir kepada bacaan yang normal. Elakkan dari naik dan jatuh secara mendadak. Bacaan gula yang stabil akan memperlahankan kerosakan saluran-saluran darah yang kecil pada mata anda.

2- Kawal Tekanan Darah

Ianya sama penting dengan mengawal paras gula di dalam darah. Pastikan anda cek tekanan darah apabila berjumpa doktor. Amalkan diet rendah garam, dapatkan berat badan yang sihat dan bersenam.

Namun sekiranya tidak berjaya dikawal, anda perlukan suplemen seperti Vivix. Ia membantu memperbaiki tahap kesihatan organ di dalam badan.

3- Dapatkan Pemeriksaan Mata

Pemeriksaan mata ini dipanggil sebagai ‘dilated eye exams’. Doktor akan titiskan eyesdrops khas untuk membesarkan anak mata. Ini bagi melihat tanda awal kerosakan pada saluran darah kecil pada mata.

Dapatkan pemeriksaan setiap tahun.

4- Perhatikan Tanda-tanda Amaran

Lebih awal tanda kerosakan dikesan, lebih baik keberkesanan rawatan yang diberi. Antara tanda yang perlu diperhatikan:
  • kabur, nampak mendung atau penglihatan berganda
  • nampak cahaya terpancar atau bulatan sekeliling lampu
  • penglihatan menjadi kosong, gelap dan nampak tompokan yang terapung
  • sakit, tekanan dan mata sentiasa merah
  • payah melihat papan tanda dan garisan lurus
  • perubahan mendadak pada penglihatan

5- Berhenti Merokok

Merokok bukan saja boleh menyebabkan mati pucuk, ia juga boleh mempercepatkan kerosakan mata pesakit diabetis. Jumpa doktor dapatkan nasihat untuk mula berhenti merokok.
Vivix suplemen terbaik untuk kencing manis juga membantu anda benci pada rokok secara semulajadi.
Sebenarnya jika anda mampu mengawal diabetes dengan baik, ini juga bermakna anda sedang menjaga mata dari menjadi buta akibat kencing manis.

Ianya saling bergantung diantara satu dengan lain.

Jalani gaya hidup yang sihat, amalkan diet yang sihat dan bersenam. Amalkan juga suplemen yang dapat meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh seperti Vivix.

Anda juga berhak hidup bahagia dan gembira disamping yang tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *