5 Makanan Yang Perlu Dielak Pesakit Kencing Manis Supaya Kaki Tak Dipotong

Gula dalam darah anda asyik naik dan naik? Anda tahukan komplikasi paling mengerikan, iaitu kaki yang terpaksa dipotong. Tidak mahu perkara ini berlaku. Maka mulakanlah pemakanan sihat, ini adalah lima makanan yang perlu dielak pesakit kencing manis.

 

5 Jenis Makanan Yang Perlu Dielak Pesakit Kencing Manis

1- Buah Saiz Besar

Cuba lihat di pasaraya berdekatan rumah kita, banyak buah-buahan saiz besar yang dijual. Lebih besar buah, maknanya lebih tinggilah kandungan karbohidrat.

Karbohidrat yang tinggi akan meningkatkan kandungan gula di dalam darah. Ini tidak baik buat pesakit.

Gula dalam darah perlu sentiasa dikawal. Oleh itu, jika mahu makan buah pilih saiz yang kecil. Atau potong buah-buahan dan ambil sebanyak setengah cawan sahaja untuk sekali makan.

2-Jus Buah

Banyak iklan di tivi memaparkan kebaikan jus buah. Ya betul, jus buah ada banyak nutrisi di dalamnya. Tetapi harus anda ingat bahawa terdapat satu elemen penting yang telah dibuang, iaitu fiber.

Tanpa fiber jus buah tidak akan mengeyangkan berbanding makan buah secara terus. Ini akan menyebabkan gula dalam darah naik dengan cepat.

Apa lagi jus buah yang dikormesialkan, siap ada tambahan gula lagi. Oleh itu, tinggalkan saja jus buah dan minum air kosong yang zero kalori.

3-Buah-buahan Kering

Ini juga termasuk di dalam senarai makanan yang perlu dielak pesakit kencing manis.

Jika anda belum tahu, buah-buahan kering mengandungi gula yang sangat tinggi. Gula ini digunakan untuk mengawetkanya supaya tahan lebih lama.

Hanya satu atau dua sudu besar sahaja yang dibolehkan. Tetapi jika anda jenis yang tidak boleh makan sikit-sikit begini, sebaiknya jangan makan terus.

Makanan ini tidak memenuhkan perut. Risiko untuk terlebih makan itu sentiasa ada.

Oleh itu gantikan dengan buah-buahan segar. Lebih baik lagi jika anda gabungkan dengan salad segar. Sedap!

4- Tepung Gandum (Putih)

Jauhkan diri dari apa saja makanan yang terhasil dari tepung gandum. Seperti roti, donut, mee besar, karipap, pizza dan pelbagai lagi jenis makanan.

Sila baca dahulu label makanan sebelum anda membeli.

Makanan ini termasuk di dalam jenis karbohidrat simple. Ia menyebabkan gula naik mendadak dalam kadar yang cepat. Anda akan mudah lapar dan mahu makan lagi dan lagi.

Pilih karbohidrat kompleks seperti sayuran hijau. Anda akan rasa kenyang lebih lama tanpa perlu risau paras gula yang tinggi.

5- Gula Tambahan

Apa saja makanan yang bahannya ditambahkan dengan gula, sila tinggalkan. Lihat pada label makanan, jika ada perkataan gula, corn syrup, honey, maple syrup, dextrose, glucose atau fructose elakkan dari membelinya.

Begitu juga dengan air gas, jus buah, air tenaga dan pelbagai lagi. Hindarkan diri anda dari gula tambahan.

Hanya lima makanan yang perlu dielak pesakit kencing manis seperti anda. Lawanlah nafsu makan yang bersarang dalam diri. Ada berjuta lagi makanan lain yang lebih sihat di sekeliling anda.

Apa yang anda perlu buat, hanya buka mata dan carilah ia.

Cuba lakukan untuk tempoh 30 hari, anda pasti rasakan perubahanya. Bukan setakat gula dalam darah menjadi stabil, anda juga akan rasa lebih sihat dan hebat.

Anda sedang mencari suplemen yang bagus untuk kencing manis? Saya cadangkan Vivix dari Shaklee. Ianya menstabilkan bacaan gula, memulihkan kesihatan badan dan menyekat komplikasi kronik kencing manis. Hubungi saya Suriya Majid di 0167731892 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *