Peluang Buat Duit Dengan Shaklee Untuk Menyara Keluarga

Ramai orang yang kenal suplemen Shaklee. Tapi masih ramai yang tak tahu tentang peluang buat duit dengan Shaklee. Anda tahu?

Shaklee menawarkan satu platform yang luas buat rakyat di Malaysia untuk menjana duit darinya. Ramai yang awalnya buat sebab suka-suka, sekarang terpaksa berhenti kerja kerana pendapatan Shaklee melebihi gaji bulanan.

Malah ada ramai usahawan Shaklee yang sudah mencapai taraf ‘money freedom’. Bebas hutang total!

Oleh itu, jika anda baru lepas berhenti kerja atau bosan duduk di rumah hanya jaga anak. Mungkin juga anda memang terpaksa cari duit nak menyara keluarga, bisnes Shaklee ini adalah untuk anda.

Di Malaysia, baru 25% penduduknya yang telah kenal Shaklee. Masih ada 75% ‘fresh market’ yang masih belum disentuh. Ini bermakna peluang buat duit dengan Shaklee sangat besar.

Lagipun, ramai rakyat Malaysia yang berpenyakit kronik dan mereka memerlukan suplemen yang bagus macam Shaklee ini.

Tidak Perlu Modal Besar Untuk Bermula

Hanya RM79.50 yang diperlukan sebagai langkah pertama memulakan bisnes ini. RM79.50 ini diperlukan bagi membuat pendaftaran keahlian.

Setelah didaftarkan oleh upline, anda akan menerima satu kit bisnes Shaklee. Selain itu, anda akan mendapat ‘log in’ khas ke http://shaklee2u.com.my .

Di website inilah anda akan menguruskan bisnes.

Tiada Belian Stok

Jangan buat kerja gila laburkan duit untuk bisnes yang paksa anda membeli stok. Kemungkinan besar stok-stok ini akan tersimpan keras di bawah katil.

Anda tidak perlu membuat simpanan stok, melainkan stok untuk makan sendiri.

Hanya selepas pelanggan membuat bayaran, barulah anda orderkan produk Shaklee untuknya. Semuanya boleh diuruskan secara online di website khas Shaklee.

Zero Pengalaman Berniaga Pun Boleh

Siapa kata nak mula berniaga kena ada pengalaman? Ini semua auta. Setiap perkara mesti ada permulaan. Jadi bisnes Shaklee ini adalah pengalaman pertama anda berniaga.

Kalaupun anda pemalu tahap pokok semalu, anda tetap boleh buat bisnes ini. Bagaimana? Gunakanlah blog sebagai kedai Shaklee anda.

Selain blog, terdapat banyak media sosial lain. Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi.

Lagipula jika anda memilih peluang buat duit dengan Shaklee, anda akan mendapat seorang upline/mentor yang akan membimbing. A-Z tentang buat bisnes ini akan diajarkan.

Tak kiralah mana satu pilihan anda untuk buat bisnes ini secara online atau offline (direct marketing). Jika anda berani bermula, pasti anda boleh lakukan dan berjaya.

Walaupun diawal bisnes ini anda hanya berada pada tahap semata-mata untuk menyara keluarga. Ada mulut yang perlu disuap, ada makanan yang perlu disediakan di atas meja.

Tidak mengapa. Mereka yang dahulunya seperti anda, kini sudah berjaya.

Mampu beli rumah sendiri, kereta sendiri, bayar hutang dan gembirakan keluarga dengan pendapatan dari Shaklee.

Setiap manusia di atas bumi ini adalah peluang yang sama. Cuma, adakah kita mahu rebut peluang ini atau biarkan saja ianya berlalu?

Ciptalah kejayaan untuk diri sendiri, ianya berjuta kali lebih manis dari asyik melihat kejayaan orang lain.

Jika sudah terdetik di hati untuk mulakan langkah buat bisnes Shaklee, WA/SMS saya di 0167731892 untuk cerita lebih lanjut.

Berjuang untuk diri sendiri, adalah baik. Tetapi berjuang demi orang yang kita sayang, itu adalah hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *