Bolehkah Pesakit Kencing Manis Makan Pisang?

Jika anda pesakit kencing manis, pasti anda pernah tertanya bolehkah pesakit kencing manis makan pisang?

Antara sebab utama timbulnya persoalan ini adalah kerana rasa pisang yang manis. Lagipula pisang adalah buah yang tinggi kandungan karbohidratnya.

Tinggi karbohidrat tidak bagus untuk untuk orang yang ada kencing manis. Ia boleh meningkatkan paras gula dalam badan. Jadi apa benarkah pisang tak boleh dimakan?

Kalau anda seorang yang sukakan pisang, pasti anda suka dengan jawapan ini. Ya boleh. Pesakit kencing manis boleh makan pisang.

Namun ada lima syarat yang anda mesti patuhi:

  1. Makin masak pisang, makan tinggi kandungan gulanya. Oleh itu, pilih pisang tak terlalu masak.
  2. Separuh biji pisang mengandungi 15 gram gula. Ianya hanya memberikan kesan yang rendah pada gula dalam darah. Tapi usah makan terlalu kerap.
  3. Pilih pisang yang bersaiz kecil. Lebih besar pisang, lebih tinggilah gula di dalamnya.
  4. Elak makan pisang bersama makanan lain yang manis seperti kek dan aiskrim.
  5. Elakan pisang jika buah pinggang rosak dan tidak boleh membuang potasium.

Apa Kebaikan Pisang Buat Pesakit Kencing Manis?

Walaupun kajian terhadap pisang dan kencing manis terhad, pisang tetap ada kebaikan penting buat anda.

Satu kajian pada tahun 2015, kanji pada pisang yang masak ranum memperbaiki tahap gula dalam darah. Selain itu, ia juga meningkatkan tindak balas insulin.

Vitamin B-6 di dalam pisang membantu mengurangkan stress. Bagus juga meningkatan metabolisma seseorang pesakit. Kedua-dua ini sangat penting bagi menguruskan kencing manis dengan baik.

Kandungan seratnya yang tinggi  pula bagus untuk sistem pencernaan. Potasium pisang pula bagus untuk menstabilkan gula dan bagus untuk sistem kardiovaskular.

Walaupun jawapannya ya untuk soalan bolehkah pesakit kencing manis makan pisang. Ada satu perkara lain yang anda perlu pertimbangkan.

Iaitu indeks glisemik (IG). IG ini akan mengukur kesan sesuatu makanan terhadap paras gula di dalam darah. Nilai IG pisang adalah 55, terletak di dalam lingkungan IG yang medium dan tinggi.

Oleh itu, hadkan pengambilan pisang seharian. Boleh ikuti tips di bawah untuk tambahkan pisang ke dalam diet anda.

Tips Menambah Pisang Ke Dalam Diet Harian

  • Hiriskan pisang bulat-bulat. Makanlah bersama bubur oat, campurkan juga kekacang yang baik seperti almond dan walnut.
  • Jika anda baru menikmati pencuci mulut pisang yang sangat sedap, elakkan mengambil karbohidrat ringkas semasa makan malam. Makan banyak karbohidrat kompleks seperti salad hijau.
  • Mahu makan pencuci mulut yang mesra diabetis? Elakkan gula tambahan dan taburkan sebuk kayu manis untuk rasa yang lebih sedap.  Kayu manis bagus untuk tindakbalas insulin dan mengurangkan paras gula dalam darah.

Berpeganglah pada kata kunci ‘sederhana’. Setiap benda yang diciptakan atas bumi ini pasti ada khasiatnya. Asalkan berpada-pada, pasti tiada masalah yang akan timbul.

Jangan biarkan kencing manis mengawal hidup anda. Tetapi andalah yang mesti mengawalnya supaya hidup anda terus sihat dan bahagia.

Tingkatkanlah kawalan kencing manis anda dengan suplemen kencing manis, Vivix. Anda mahu tahu lebih lanjut? Hubungi saya, Suriya Majid di 0167731892.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *