Bagaimana Kesan Kencing Manis Terhadap Wanita 40an?

Anda wanita 40an dan ada kencing manis? Ketahuilah kesan kencing manis terhadap golongan seperti anda. Kencing manis memberikan kesan berbeza buat lelaki dan wanita.

Tiga komplikasi ini adalah kesan kencing manis yang sering dialami oleh wanita seperti anda:

  • sakit jantung
  • hilang penglihatan @ buta
  • kemurungan

Jika anda sudah disahkan sebagai penghidap kencing manis, ambillah langkah untuk menguruskan gula di dalam darah. Apa yang lebih penting, lakukan perubahan untuk menyekat komplikasi.

Namun jika anda masih belum disahkan, atau masih tidak pasti adakah anda sudah terkena kencing manis? Berikut adalah simptom-simptom yang anda boleh perhatikan:

1- Jangkitan Kulat di Vagina dan Kandidiasis Vagina

Jangkitan kulat atau fungus ini hanya berlaku dikalangan wanita sahaja.

Apabila ia berlaku, anda akan merasa gatal, pedih, keputihan dan sakit ketika melakukan seks. Tahap gula yang tinggi di dalam darah menjadi punca masalah ini terjadi.

2- Jangkitan Saluran Kencing

Ini juga adalah salah satu kesan kencing manis bagi wanita. Jangkitan ini berlaku akibat dari bakteria yang masuk ke saluran kencing.

Kebiasaannya anda akan merasa sakit untuk membuang air kecil, pedih, air kencing berdarah dan keruh. Tanpa rawatan, ia berisiko untuk mendapat jangkitan pada buah pinggang.

Simptom ini biasa berlaku untuk wanita yang ada kencing manis. Ini adalah akibat dari sel-sel darah putih tidak dapat disalurkan untuk membunuh jangkitan.

3- Mati Putik

Neuropati diabetis terjadi apabila paras gula yang tinggi merosakkan saraf-saraf halus. Anda akan kehilangan deria rasa pada sebahagian badan, termasuklah tangan, kaki dan tapak kaki.

Ia juga menyebabkan mati putik, atau disfungsi seksual pada wanita. Anda tidak lagi berminat untuk melakukan hunbungan seks, dan kurang atau tidak merasa ghairah apabila bersama pasangan.

4- Sindrom Polisistik Ovari

PCOS atau sindrom polisistik ovari ini juga adalah simptom anda menghidap kencing manis. Gangguan ini terjadi akibat kelenjar adrenal menghasilkan jumlah hormon lelaki yang lebih tinggi.

Tanda-tanda PCOS adalah tempoh datang bulan yang tidak teratur, berat badan meningkat, jerawat yangbanyak dan kemurungan.

Selain itu, ia juga mengakibatkan ketidaksuburan, sukar hamil dan masalah rintangan insulin. Ini akan menyebabka paras gula dalam darah tinggi dan meningkatkan risiko kencing manis.

Jika anda mengalami hampir semua simptom di atas, saya menyarankan anda untuk segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan.

Setelah disahkan, rawatan dapat dilakukan dengan segera. Kesan kencing manis juga boleh disekat dari terus berlaku.

Selain dari rawatan perubatan, mengubah gaya hidup sihat juga sangat penting. Antara yang boleh anda buat adalah:

  • fokus untuk makan sayuran, buah-buahan dan bijirin.
  • bersenam untuk dapat berat badan yang ideal.
  • elakkan dari merokok.
  • pantau paras gula dengan kerap.
  • mengamalkan suplemen yang boleh menstabil paras gula dan menyekat kesan kencing manis dari berlaku.

Konsisten untuk melakukan perubahan gaya hidup yang sihat. Mungkin ianya sukar pada permulaan, kuatkan semangat dan berjuanglah demi kesihatan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *