15 Tanda Buah Pinggang Rosak Yang Mungkin Anda Tak Perasan

Secara majoriti pesakit akan gagal mengesan tanda buah pinggang rosak pada awalnya. Sampailah apabila buah pinggang telah rosak teruk. Lebih menakutkan lagi, buah pinggang gagal berfungsi sama sekali.

Berikut adalah 15 tanda buah pinggang rosak yang anda boleh jadikan panduan:

1- Letih

Buah pinggang yang sihat menghasilkan hormon erythropoietin (EPO). Hormon ini akan mengarahkan badan untuk menghasilkan oksigen.

Tetapi bila buah pinggang rosak, berkuranglah EPO yang terhasil. Kesannya sel darah yang membawa oksigen pun makin sedikit.

Otot dan otak akan mudah penat. Tanda ini adalah anemia dan boleh dirawat.

2- Merasa Sejuk, Orang Lain Rasa Panas

Apabila anda mengalami anemia, inilah kesan yang anda rasa.

Mudah merasa sejuk, walaupun bilik hangat. Padahal orang lain di dalam bilik yang sama merasa hangat.

3- Nafas Pendek

Ini juga tanda buah pinggang rosak yang tak disedari. Kalau sedar pun, pesakit ingatkan ini bukan sebab buah pinggang rosak.

Nafas pendek adalah pertama disebabkan lebihan cecair badan berkumpul di dalam paru-paru. Kedua, anemia (kekurangan oksigen yang dibawa oleh sel darah merah).

4- Rasa Pening

Kekurangan oksigen pada otak akibat anemia mengakibatkan rasa pening. Selain itu, anda akan rasa seperti mahu pengsan dan lemah.

5- Sukar Berfikir dengan Jelas

Tanda ini berkaitan dengan tanda yang keempat di atas. 

Oksigen yang tak cukup mempengaruhi memori anda. Selain itu, sukar untuk berikan tumpuan pada sesuatu perkara. 

6- Rasa Sangat Gatal

Buah pinggang fungsinya mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh.

Apabila buah pinggang rosak, bahan buangan terkumpul di dalam darah dan menyebabkan rasa gatal yang teruk.

7- Bengkak Tangan dan Kaki

Air yang tak diperlukan badan juga tak dapat dikeluarkan oleh buah pinggang rosak. Ini menyebabkan tangan dan kaki menjadi bengkak.

8- Muka Sembap

Ini juga kesan lebihan air yang terkumpul. Muka anda menjadi sembap dan bengkak.

Walaupun berat badan anda berkurang.

9- Makanan Rasa Besi

Sisa buangan di dalam darah dipanggil sebagai uremia. Ia mengubah rasa makanan dan nafas berbau busuk.

Tanpa sedar, anda tak lagi gemar makan daging. Atau terus hilang selera makan.

10- Nafas Busuk

Inilah akibat terkumpulnya uremia. Walaupun berkali-kali memberus gigi, nafas tetap berbau busuk.

11- Sakit Perut, Loya dan Muntah

Jika anda mengalami tanda ini secara konsisten, kemungkinan besar kerosakan buah pinggang telah berlaku.

Dapatkan pengesahan dari doktor anda dengan segera.

12- Terjaga di Tengah Malam untuk Kencing

Buah pinggang menghasilkan air kencing. Jadi apabila ianya rosak, air kencing akan berubah.

Anda mungkin jadi lebih kerap kencing. Atau jumlah urin lebih banyak dari sebelumnya. Juga merasa susah untuk melepaskan air kencing.

13- Kencing Berbuih Banyak

Ini disebabkan jumlah protein yang berlebihan di dalam air kencing. Jika berbuih sedikit itu normal, tetapi jika banyak. Mungkin anda sedang mengalami buah pinggang rosak.

14- Kencing Berwarna Ganjil

Warna kencing normal adalah kuning cair. Tetapi jika buah pinggang bermasalah, air kencing bertukar menjadi warna coklat, merah dan ungu.

15- Sakit Ketika Membuang Air Kecil

Ini juga tanda buah pinggang rosak yang sering diabaikan. Pesakit akan fikir sakit ini bukan untuk jangka masa yang lama.

Usah ambil ringan. Jika sakit berpanjangan, dapatkanlah rawatan dari doktor.

Jika anda memiliki hampir semua tanda di atas, kemungkinan besar buah pinggang anda mulai rosak. Dapatkan pengesahan kerosakan sudah berada di tahap ke berapa. Supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

Vivix Shaklee adalah pelengkap rawatan buah pinggang rosak. Ia meningkatkan dan meransang fungsi buah pinggang. Juga menyekat kerosakan dari terus berlaku. WA/SMS 0167731892 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *