Tanda Sakit Buah Pinggang Kronik & Bila Perlu Berjumpa Doktor

Pernah tak anda terfikir yang buah pinggang adalah organ hebat? Walaupun rosak sudah sampai ke 85%, ia tetap berfungi. Disebabkan itulah tanda sakit buah pinggang kronik ini tak begitu jelas. 

Sehingga hanya tinggal sedikit saja yang masih berfungsi. 

Pelbagai fungsi yang dijalankan oleh organ hebat ini. Oleh sebab itulah ia memberi pelbagai komplikasi untuk pesakit. Ia berbeza dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

Tiada tanda sakit buah pinggang yang khusus. Tahu-tahu saja beberapa sistem badan telah terganggu.

Jika anda mahu tahu, kebanyakan pesakit tak mengalami air kencing berkurangan. Walaupun kerosakan buah pinggang sudah di tahap akhir.

Ini adalah senarai tanda sakit buah pinggang yang boleh dijadikan panduan:

  1. Kerap kencing di waktu malam.
  2. Bengkak kaki dan mata sembap, akibat retensi air.
  3. Tekanan darah tinggi.
  4. Letih dan lemah, kesan anemia.
  5. Hilang selera, loya dan muntah-muntah.
  6. Gatal, senang lebam dan kulit pucat.
  7. Bernafas pendek-pendek, kesan pengumpulan uremia.
  8. Sakit kepala, kebas kaki dan tangan dan juga ‘restless legs syndrome’.
  9. Sakit dada, keradangan pada jantung.
  10. Pendarahan, darah sukar beku.
  11. Tulang sakit dan retak.
  12. Hilang minat untuk lakukan hubungan seks dan mengalami mati pucuk.

Bilakah Harus Saya Dapatkan Rawatan?

Perhatikan diri anda, jika mengalami lebih dari lima tanda di atas maka harulah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Dapatkan rawatan seawalnya supaya kerosakan dapat disekat. Fungsi yang masih tinggal dapat dikekalkan. Jika anda bernasib baik, tidaklah perlu menjalani dialisis ataupun pembedahan pemindahan buah pinggang.

Berubah ke diet yang sihat, bersenam dan pengambilan vitamin untuk buah pinggang. Adalah langkah-langkah yang sangat bagus bagi membantu buah pinggang agar terus berfungsi.

Vivix Shaklee adalah vitamin buah pinggang yang mampu meningkatkan fungsi buah pinggang rosak. Selain itu, ia menyekatkan organ hebat ini dari gagal berfungsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *