7 Makanan Hebat Pesakit Dialisis, Anda Makan Tak?

Usah ditambah derita buah pinggang dengan makanan-makanan yang mengarut. Ini senarai 9 makanan hebat untuk pesakit dialisis:

1- Lada Benggala Merah

Rendah potasium. Ia juga bagus untuk menghalang sesetengah kanser yang mudah dihadapi oleh pesakit buah pinggang kronik. Kaya juga dengan khasiat vitamin C, A, B6, asid folik dan fiber.

2-Kobis

Tak mahal pun harganya, tapi ia makanan bagus untuk pesakit buah pinggang. Rendah potasium. Selain itu, boleh meningkatkan kesihatan jantung pesakit.

Ia juga menghalang dari kanser paru-paru, kolon, payudara, ovari dan prostat.

3- Bawang Merah

Rasanya hampir setipa hari kita orang Malaysia akan makan bawang merah kan? Tanpa sedar anda sudah pun makan makanan baik untuk kesihatan buah pinggang anda.

Bahan kimia dalam bawang merah ini bagus untuk merendahkan risiko sakit jantung dan kanser di kalangan pesakit yang menjalani dialisis.

Pelbagaikan jenis bawang dalam masakan anda ya!

4- Cranberries

Malangnya di negara kita payah nak dapat buah ini secara segar. Kalau yang kering adalah banyak, dijual di kedai-kedai arab. Masalahnya tinggi pula kandungan gulanya.

Anda boleh cuba cari buah cranberry segar di pasar raya besar. Atau boleh cuba cari jus buah cranberries. Pastikan tiada gula tambahan.

5- Blueberries dan Raspberries

Berry yang ini agak senang nak jumpa yang segar. Namun harganya agak mahal. Sekiranya anda berkemampuan belanjakanlah saja untuk kesihatan buah pinggang tu.

Buah-buahan ini bagus untuk mengurangkan keradangan. Juga memperlahankan masalah tulang rapuh.

6-Anggur Merah

Anggur merah ini mengandungi flavonoids yang tinggi, sebab itulah warnanya merah. Kaya antioksidan bagi menghalang masalah jantung dan mengurangkan risiko darah beku.

Resveratrol di dalamnya membantu meransang penghasilan nitric oxide. Bagus untuk memperbaiki perjalanan darah di tubuh badan.

7- Ikan

Makanlah ikan 2-3 kali seminggu. Ia adalah sumber protein yang baik dan mengandungi omega 3. Lemak omeg a 3 ini mempunyai agen anti radang. Ianya bagus untuk melawan penyakit-penyakit jantung dan kanser.

Bagus juga untuk meningkatkan kolestrol baik. Antara ikan yang bagus salmon, tuna dan makeral.

Pastikan anda makan makanan yang betul untuk pesakit dialisis. Ini sangat membantu kesihatan buah pinggang supaya ianya tak terus rosak dan rosak. Akhirnya terus gagal berfungsi.

Ya banyak godaan nafsu makanan-makanan berdosa (sinful foods). Tapi fikirkanlah kesihatan anda. Mana satu yang lebih penting, sedap atau sihat? Itu anda sendiri tentukan.

Sumber: Buzzfeed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *