Tapak Kaki Panas? AWAS Anda Mungkin Ada Diabetis

Sering merasa tapak kaki panas dan sakit bagai dicucuk-cucuk? Walaupun perkara ini nampak biasa saja dan kadang-kadang bukanlah satu masalah yang serius. Namun anda juga perlu tahu, tapak kaki asyik panas dan sakit juga adalah tanda penyakit kronik, diabetis.

Apatah lagi jika sakit sudah berbulan-bulan, anda harus berikan perhatian yang khusus.

Simptomnya juga pelbagai. Ada yang dimulai dengan rasa sakit sedikit dan semakin sakit. Ada juga yang sakitnya dalam tempoh sekejap. Atau sekejap sakit sekejap tidak.

Pokok pangkalnya, anda mesti berjumpa doktor untuk dapatkan permasalahan sebenar.

Apa Masalah Sebenar Tapak Kaki Merasa Panas?

Sekarang anda mungkin sedang resah memikirkan apakah punca sebenar tapak kaki sering panas dan sakit mencucuk-cucuk. Adakah kerana kencing manis ataupun penyakit kronik lain? Atau mungkin saja sakit yang tak serius.

Berikut adalah senarai yang berkemungkinan menjadi punca tapak kaki panas:

  • kerosakan saraf akki
  • saraf kaki tersepit
  • keradangan pembuluh darah kaki
  • gangguan peredaran darah
  • neuropati perifer
  • kekurangan vitamin B
  • kena gigitan serangga bisa
  • penyakit buah pinggang kronik
  • kaki letih
  • obesiti
  • hormon tiroid rendah
  • dermatitis
  • edema
  • atau mungkin saja diabetis

Cara yang terbaik untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang anda alami, adalah dengan berjumpa doktor. Segera.

Bila Waktu Yang Tepat Untuk Berjumpa Doktor?

Terasa panas di tapak kaki dengan tiba-tiba, mungkin terdedah kepada toksik atau racun.
Luka yang terbuka dan dijangkiti kuman.
Rasa panas yang tak kurang-kurang walaupun sedang mengambil ubat.
Kesakitan semakin bertambah-tambah.
Rasa panas dan sakit semakin menjalar.
Rasa kebas atau mati rasa pada kaki.

Rawatan Semulajadi Hilangkan Tapak Kaki Panas

1- Kunyit

Kunyit dipercayai dapat menghilangkan panas pada tapal kaki. Ianya boleh melancarkan peredaran darah dan mengatasi keradangan.
Tumbuk kunyit dan tambah sedikit air sehingga membentuk pes. Tampalkan pes pada tempat yang sakit.

2- Air Hangat

Air hangat a atau suam juga dapat meringanan kesakitan pada telapak kaki. Ia membantu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan ketegangan.

3- Vitamin B3

Vitamin ini berkemampuan memperkuatkan sistem saraf. Selain itu, ia juga melancarkan peredaran darah. Makan dengan banyak makanan-makanan yang mengandungi vitamin B3.

4- Halia

Sejenis tumbuhan yang sering kali dimasukkan dalam masakan. Harganya pula sangat murah. Ia dipercayai boleh mengatasi masalah tapak kaki panas. Bertindak melancarkan peredaran darah dan anti radang.
Bersihkan halia dalam 3-4 inico. Parut atau kisar dan ambil sarinya saja. Campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa, dan urutlah kaki.

5- Air Sejuk

Isikan air dalam besen dan masukkan ais. Biarkan seketika dan rendamkanlah kaki. Ini sangat membantu melegakan kesakitan dan panas itu.
Jika sakit semakin berlarutan, cepatlah berjumpa dengan doktor. Elakkan dari memakai sandal refleksi atau berjalan di atas batu-batuan refleksologi.

Tips Mengelakkan Tapak Kaki Panas Seperti Terbakar

  • Gunakan kasut yang selesa.
  • Sentiasa pakai stokin.
  • Jangan pakai kasut tanpa stokin.
  • Ambil masa untuk rehatkan kaki.
  • Hindarkan diri dari minum alkohol.
  • Jika duduk terlampau lama, lakukanlah regangan kaki.
  • Boleh cuba akupuntur untuk melancarkan aliran darah.
Kesemua tips-tips di atas tidak menjamin kesembuhan walaupun sudah dilakukan untuk satu jangka masa. Paling elok, pergilah berjumpa doktor.
Takut-takut sakit dan panas pada tapak kaki adalah akibat diabetis yang semakin teruk. Diabetis boleh merosakkan saraf-saraf pada tapak kaki. Bertindak segera dapat mengelakkan kesakitan bertambah. Lebih mengerikan apabila kerosakan teruk pada tapak kaki sampai terpaksa dipotong.
Buatlah tindakan yang bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *