Madu vs Gula: Pemanis Mana Yang Baik Buat Pesakit Diabetes?

Mengawal gula di dalam darah adalah perkara paling penting buat pesakit diabetes. Kawalan yang baik membantu mengelak dan memperlahankan komplikasi diabetes. Seperti kerosakan saraf, mata buta dan buah pinggang gagal berfungsi. Ia juga boleh menyelamatkan nyawa anda.

Tiada seorang pun yang tahu mengapa sebenarnya gula di dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi buat pesakit kencing manis. Namun memastikan gula di paras yang normal membolehkan anda untuk hidup lebih lama dan sihat.

Pemanis tambahan seperti gula putih dan madu, adalah antara makanan yang membuatkan gula di dalam darah naik dengan cepat. Tetapi adakah semua pemanis tambahan mempunyai kesan yang sama terhadap gula di dalam darah?

Kebaikan Madu

Para penyelidik telah mendapati banyak kebaikan madu. Antara kebaikannya membantu merawat luka hinggalah menguruskan kolestrol. Namun ada juga penyelidik yang mengkaji kebaikan madu di dalam menguruskan gula di dalam darah.

Sebagai contoh, kajian pada 2009 telah mendapati mengambil madu secara konsisten mempunyai kebaikan terhadap berat badan dan lipid pesakit diabetes.

Di dalam kajian yang lain pula, ia menunjukkan madu memberikan kesan glisemik yang rendah. Selain itu, madu mempunyai agen anti mikrob dan anti bakteria. Ia juga sumber antioksidan, semuanya ini memberikan kebaikan kepada pesakit kencing manis.

Adakah ini bermakna pesakit diabetes lebih baik mengambil madu dari gula? Jawapannya tidak sebenarnya. Anda masih perlu mengehadkan pengambilan madu sama seperti gula.

Madu vs Gula

Tubuh badan manusia menguraikan makanan yang dimakan kepada gula ringkas seperti glukos. Di mana ia digunakan sebagai tenaga. Gula dibuat dari 50 peratus glukos dan 50 peratus fruktos.

Fruktos adalah jenis gula yang diuraikan oleh hati. Pengambilan fruktos di dalam air manis, pemanis mulut dan makanan yang mengandungi gula tambahan mempengaruhi tahap kesihatan anda. Ini termasuk:

  • penambahan berat badan
  • obesiti
  • penyakit hati berlemak
  • dan meningkatkan kolestrol jahat (triglycerides)

Madu juga dibuat dari gula, tetapi hanya 30 peratus glukos dan 40 peratus fruktos. Ia mengandungi gula jenis lain-lain dan beberapa elemen lain. Ianya dikumpulkan oleh lebah semasa menghisap madu dari tumbuh-tumbuhan.

Madu mengandungi rendak indeks glisemik berbanding gula. Tetapi madu mempunyai kalori yang lebih banyak. Satu sudu kecil madu mengandugi 64 kalori, berbanding gula hanya mengandungi 48 kalori sahaja.

 

Pilih Madu atau Gula?

Salah satu kebaikan paling major madu untuk pesakit kencing manis adalah rasanya yang pekat (concentrated flavor). Ini bermakna anda boleh guna madu dalam kuantiti sedikit tanpa perlu mengorbankan rasa sesuatu makanan.

Oleh itu, pesakit diabetes disarankan untuk menggunakan madu sama seperti gula. Walaupun ia mempunyai banyak kebaikan yang dikaitan dengannya. American Heart Association menyarankan untuk mengehadkan gula tambahan tidak lebih dari enam sudu kecil (bersamaan dua gula besar) bagi wanita. Dan untuk lelaki pula hanya 9 sudu kecil (3 sudu besar)  gula.

Anda perlu juga mengira kandungan karbohidrat di dalam madu sebelum menambahkannya ke dalam diet harian. Satu sudu besar madu mengandungi 17.3 gram karbohidrat.

Alternatif Kepada Gula dan Madu

Memandangkan gula dan madu mempunyai kesan yang tidak baik jika diambil lebih, saya mencadangkan dua cara yang lebih selamat. Berikut adalah cadangannya:

1- Gunakan pemanis yang rendah kalori seperti stevia. Tetapi pilihlah steavia yang original bukan tiruan ya.

2- Tukar gaya makanan kepada ‘eat clean’. Tidak menambah sebarang gula tambahan ke dalam apa jua makanan. Dan elakkan dari makan makanan yang manis di mana bahan utamanya adalah gula seperti kek, aiskrim dan pemanis mulut lainnya.

Yakinlah jika anda berani menukar gaya makan kepada yang lebih sihat. Tahap gula dalam darah anda pastinya terkawal dan komplikasi diperlahankan.

Namun jika anda sudah lama menghidapi diabetes yang agak kronik, saya menyarankan untuk anda mengambil suplemen Vivix. Ia membantu anda menguruskan diabetes dengan lebih baik lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Vivix, boleh SMS/WA 0167731892.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *