Lakukan 9 Gaya Hidup Ini Bagi Mengelakkan Komplikasi Kencing Manis

Penyakit kencing manis itu sendiri tidak bahaya. Tetapi komplikasi penyakit kencing manis itulah yang bahaya dan menakutkan.

Tanpa kawalan dan pengurusan kencing manis yang baik, komplikasi lebih cepat terjadi. Namun jika ianya dikawal komplikasi muncul lebih lambat. Mungkin anda tidak sempat pun untuk merasainya.

Berikut 9 gaya hidup untuk mengelakkan komplikasi kencing manis:

1- Kurangkan Berat Badan

Target untuk dapatkan berat badan yang sihat, ia membantu untuk kawal gula dalam darah. Rujuk dengan doktor dan dietician untuk mua merancang cara kurangkan berat badan.

2- Semak Paras Gula Dalam Darah

Pastikan anda semak dua kali sehati. Atau sebanyak mana yang dinasihatkan oleh doktor anda. Catatkan perkembangan anda dan catat juga makanan dan aktiviti yang mempengaruhi tahap gula dalam darah anda.

3- Dapatkan Ujian Darah A1c

Ini bagi memastikan purata bacaan gula dalam darah sepanjang dua hingga tiga bulan lepas. Bagi mengelakkan komplikasi kencing manis, pesakit kencing manis jenis 2 mesti mensasarkan A1c 7% atau kurang. Rujuk dengan doktor berapakah kali sepatutnya ujian ini dilakukan.

4- Pantau Karbohidrat

Anda perlu tahu berapa banyak dan berapa kerap anda mengambil karbohidrat. Mengawal pengambilan karbohidrat juga mampu memastikan tahap gula berada pada tahap yang selamat.

Elak karbohidrat ringkas, dan gantikan dengan karbohidrat tinggi serat seperti sayuran hijau, buah-buahan dan kacang.

5- Kawal Tiga Ini

Kawallah juga tekanan darah, kolestrol dan tahap triglyceride. Pesakit kencing manis lebih terdedah kepada masalah-masalah yang berkait dengan jantung.

Jika perlu makan ubat yang diberikan oleh doktor.

6- Bergerak

Menjadi aktif dengan bersenam membantu anda mendapatkan bera yang sihat. Senaman juga baik untuk mengurangkan stress dan mengawal tekakan darah, kolestrol dan tahap triglyceride.

Cuba untuk bersenam tiga puluh minit sehari, lima hari seminggu.

Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan, menari, berenang atau berkebun. Lakukan secara perlahan-lahan sehingga anda merasa selesa. Tambahkan senaman secara sedikit-sedikit.

7- Dapatkan Tidur Secukupnya.

Apabila anda kurang tidur, anda akan lebih mudah untuk makan berlebihan. Ini boleh membuatkan berat naik dan naik. Akhirnya menyebabkan masalah kesihatan, komplikasi kencing manis pun senang untuk berlaku.

Pesakit kencing manis perlu dapatkan tidur yang cukup. Mereka yang cukup tidur selalunya mempunyai tabiat makanan yang lebih sihat. Tahap gula dalam darah pun menjadi semakin baik.

8- Pengurusan Stress

Semakin anda stress, semakin cepat anda mengundang komplikasi kencing manis ini. Stess yang tinggi boleh menaikkan paras gula.

Tenangkan diri dengan duduk sendirian selama 15 minit. Fokus pada perkara-perkara yang menggembirakan diri anda.

9- Jumpa Doktor

Usah takut berjumpa doktor. Pastikan anda mendapatkan ujian kesihatan paling kurang sekali setahun. Semasa ujian, pastikan anda melakukan ujian mata (dilated eye exam), tekanan darah, ujian tapak kaki dan ujian komplikasi yang berkaitan. Sebagai contoh kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf dan penyakit jantung.

Jika anda berani lakukan perubahan ini, pastinya kesihatan anda akan bertambah baik. Asalkan kencing manis terurus baik, anda juga boleh hidup seperti mana orang sihat hidup.

Kencing manis bukanlah pengakhiran hidup. Bukankah setiap masalah anda jalan penyelesaiannya?

Anda mencari-cari suplemen sebagai pelengkap rawatan kencing manis? Saya sarankan anda untuk mengambil Vivix.

Ia adalah suplemen yang lengkap bagi menstabil paras gula dalam darah. Bukan itu sahaja, ia juga membantutkan apa jua komplikasi penyakit kencing manis ini.

Anda boleh hubungi saya, Suriya Ab Majid di 0167731892 bagi pertanyaan lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *