Kencing Manis Neuropathy: Simptom, Jenis, Punca dan Rawatan

Kencing manis neuropathy adalah komplikasi yang serious dan biasa dialami oleh pesakit kencing manis. Ia adalah sejenis kerosakan saraf akibat paras gula tinggi yang tidak terkawal. Anda mungkin tidak menyedari simptom-simptom.

Kerosakan saraf ini berlaku perlahan-lahan, adakalanya ia mengambil masa beberapa dekad sebelum seseorang pesakit menyedari yang dia ada komplikasi kronik ini.

Oleh itu, jika anda pesakit kencing manis dan mengalami kebas, rasa mencucuk-cucuk, sakit atau lemah pada kaki atau tangan, segeralah berjumpa dengan doktor. Ini adalah kesan awal peripheral neuropathy.

Masalah ini jika berpanjangan boleh membawa kepada kecederaan dan jankitan kuman yang teruk. Akhirnya, tiada jalan lain selain bahagian tubuh yang terjejas terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Kerosakan saraf di dalam badan juga boleh menunjukkan simptom yang berbeza. Anda sebagai pesakit perlulah sentiasa mengawasi tahap gula di dalam darah. Dan hubungi doktor jika anda mendapati diri mengalami simptom-simptom kencing manis neuropathy.

Simptom Diabetis Neuropathy

Simptom komplikasi ini timbul secara perlahan-lahan. Di dalam banyak keadaan, kerosakan saraf yang pertama adalah saraf yang berkaitan dengan saraf pada kaki. Antara simptom yang biasa di rasai adalah sakit seperti dicucuk-cucuk pada kaki.

Simptom-simptom ini tidak sama, bergantung kepada saraf apa yang telah rosak. Berikut adalah tanda yang biasa di alamai diabetis neuropathy:

  • sensitif jika disentuh
  • hilang rasa sentuhan
  • sukar untuk berjalan elok
  • kebas dan sakit yang melampau
  • otot menjadi lemah
  • loya dan mengalami masalah penghadaman
  • cirit birit atau sembelit
  • pening jika berdiri
  • peluh yang berlebihan
  • kering pada bahagian faraj bagi wanita, dan mati pucuk untuk lelaki

Simptom ini bergantung kepada apakah jenis neuropathy yang anda sedang alami.

Jenis Diabetis Neuropathy

Peripheral Neuropathy

Ia adalah masalah neuropathy yang paling biasa terjadi. Kaki dan tapak kaki adalah bahagian paling mudah terkesan. Tetapi ia juga boleh menyerang bahagian tangan dan lengan.

Autonomic Neuropathy

Ini adalah yang kedua selalu berlaku, iaitu autonomic neuropathy.  Sistem saraf autonomic adalah sistem tubuh badan yang berfungsi tanpa sedar. Antara contoh-contohnya:

  • sistem penghadaman
  • berpeluh
  • organ seks
  • sistem kardiovaskular
  • pundi kencing

Proximal Neuropathy

Ia adalah komplikasi yang jarang sekali berlaku. Masalah ini juga dipanggil sebagai amyotrophy neuropathy.  Biasanya terjadi kepada pesakit yang sudah tua.

Kerosakan saraf yang terjejas adalah pada bahagian pinggang dan peha. Sering terjadi pada hanya sebelah bahagian badan.

Focal Neuropathy

Akhir sekali adalah focal neuropathy atau mononeuropathy. Ia sejenis neuropathy yang berlaku apabila kerosakan pada bahagian saraf yang tertentu sahaja. Ia menyebabkan bahagian tersebut akan merasa lemah. Masalah ini muncul tiba-tiba dan sangat menyakitkan.

Antara bahagian yang diserang adalah kepala, bahagian atas badan dan juga kaki. Kesakitan komplikasi ini tidak berpanjangan, dan tidak meninggal kerosakan yang berkekalan.

 

Punca Diabetis Neuropathy

Tidak lain dan tidak bukan, tahap gula di dalam darah yang tinggi buat jangka masa yang lama adalah dalang diabetis neuropathy. Namun, terdapat juga punca yang lain seperti:

  • kerosakan saluran darah akibat kolestrol tinggi
  • kerosakan akibat sindrom carpal tunnel
  • gaya hidup, seperti merokok dan pengambilan alkohol
  • Kekurangan vitamin B-12 juga mengakibatkan neuropathy. Metformin sejenis ubat kencing manis mengakibatkan vitamin B-12 ini menjadi berkurangan di dalam badan pesakit.
  • Anda boleh mengetahui kekurangan vitamin melalui ujian darah yang ringkas.

 

Rawatan Kencing Manis Neuropathy

Kencing manis neuropathy tidak boleh diubati. Namun rawatannya boleh memperlahankan komplikasi ini. Rawatan hanya akan membantu anda menguruskan simptom seperti rasa sakit dan tidak hadam.

Antara rawatan kencing manis neuropathy yang anda boleh lakukan:

  1. Mengawal kadar gula supaya sentiasa stabil dapat membantutkan perkembagan neuropathy. Ia juga boleh melegakan beberapa simptom yang anda hadapi.
  2. Berhenti merokok dan selalu bersenam juga bagus untuk mengawal masalah ini.
  3. Ikuti saranan dan ambil ubat mengikut perskrepsi doktor.
  4. Lengkapi rawatan ini dengan suplemen kencing manis yang baik seperti Vivix. Agar masalah neuropathy tak menjadi lebih teruk dan anda bertambah sihat.
  5. Ikuti saranan diet kencing manis oleh pakar nutrisi, supaya sistem penghadaman menjadi lebih baik
  6. Jagalah kaki dan selalulah menjaga kebersihannya. Gunakan kasut yang bersesuaian. Ini akan mengurangkan risiko kaki kena potong. Ingat kencing manis neuropathy sering menyerang bahagian tapak kaki.

Jika anda boleh melakukan kesemua rawatan di atas, anda mungkin boleh menyelamatkan saraf-saraf dari rosak dan berhenti berfungsi. Ingat ya, kunci utama bagi penyakit kencing manis adalah pengurusan dan kawalan yang baik.

Pilihlah cara yang bijak untuk hidup sihat, walaupun ada diabetes.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *