20 Idea Bisnes Buat Pelajar dan Mahasiswa Universiti, Masyuk!

Teringat zaman saya di universiti dahulu. Sejak zaman diploma lagi saya sudah ada idea untuk buat bisnes. Masa tu bukanlah nak duit sangat, tapi lebih kepada suka-suka.

Saya jual bebola coklat, alah jual di sekitar blok sendiri. Dapatlah upah RM10.00, lepaslah duit pergi melepak di kafe.

Kemudian, sambung belajar di UiTM Machang. Berbisnes juga, jual buah potong. Ini lebih masyuk, boleh kumpul sampai RM1,000.00 untuk satu semester. Seronok.

Tak rugi berbisnes dari zaman universiti, kumpul pengalaman. Nak buat bisnes juga? Ini ada 20 idea bisnes yang anda boleh pertimbangkan:

1- Buat kerja sambilan dengan kemahiran yang dimiliki. Contohnya membina laman web atau membuat terjemahan bahasa. Pelbagai kerja-kerja sambilan yang ditawarkan, boleh lihat di freelancer.com

2- Pandai ambil gambar cantik-cantik? Boleh jual gambar-gambar di istockphoto.com

3- Ambil upah jual nasi lemak, atau apa-apa makanan. Budak-budak universiti memang selalu lapar, lagi-lagi yang duduk di kolej.

4- Sewakan rumah atau bilik yang disewa semasa cuti semester. Mungkin ada kawan-kawan yang duduk di kolej yang tak balik bercuti di kampung.

5- Buat perkhidmatan gunting rambut, tapi pastikan anda berkebolehan. Jika tak, kena boikot pula dengan kawan-kawan.

6- Buat review barangan di Instagram (IG). Kalau follower IG beribu-ribu, ini antara idea bisnes yang paling ngam.

7- Tulis blog secara aktif sehingga menarik perhatian pemilik bisnes lain untuk advertorial.

8- Sediakan perkhidmatan membuat hamper dan hadiah untuk pelajar di kolej.

9- Ambil upah sebagai proofreader.

10- Beli novel terpakai dan sewakan kepada kawan-kawan seuniversiti.

11- Tawarkan perkhidmatan runner untuk penghantaran di sekitar kampus.

12- Jadi agen dropship produk-produk yang bersesuaian.

13- Buat servis lipat baju di kolej.

14- Ambil upah hantar dan kutip baju ke dobi.

15- Jual topup. Ramai pelajar guna prepaid tau.
16- Buat bisnes cetakan. Kalau anda ada printer, jangan ragu-ragu nak mula buat idea bisnes ni.

17- Tusyen atau personal coaching. Ini jika anda benar-benar menguasai satu-satu subjek. Tawarankanlah servis ini untuk pelajar-pelajar yang takut gagal atau mereka yang mahu CGPA tinggi.

18- Buat bisnes macam Uber atau GrabCar, tapi hanya untuk pelajar-pelajar di kampus.

19- Buka kedai runcit mini, antara stok paling laku masa universiti maggi, minuman 3 in 1 dan roti. Mesti meriah.

20- Mulakan bisnes Shaklee tanpa modal secara online dengan bimbingan mentor yang terbaik di Malaysia.

Banyak bukan idea bisnes untuk anda pilih. Buatlah sedikit kajian dan pilih bisnes yang bersesuaian dengan situasi anda.

Walaupun kerja sambilan, pilih bisnes yang anda sanggup fokus dan buat sehingga berjaya. Barulah berbaloi masa dan tenaga yang dikeluarkan.

Tapi ingat, bisnes mestilah halal dan tak menyalahi undang-undang. Baru berkat. Tapi jangan lupa, fokus utama adalah pelajaran.

Bayangkan saja nanti bila grad bukan saja dapat IJAZAH, DUIT pun dapat sekali. Barulah terbukti anda pelajar yang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *