4 Makanan Yang Memburukkan Peripheral Neuropathy

Peripheral neuropathy adalah keadaan di mana kerosakan saraf yang menyebabkan rasa terbakar, sakit mencucuk-cucuk dan kebas pada kaki dan tangan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ini, antaranya kekurangan vitamin, cedera, jangkitan kuman, kerosakan buah pinggang, tumor, keracunan dan juga kencing manis.

Menjaga pemakanan adalah salah satu perkara penting bagi mengawal masalah ini. Terdapat 4 jenis makanan yang boleh memburukkan masalah peripheral neuropathy.

1- Gluten

Jika anda alah atau alergik kepada gluten, makanan jenis ini akan memburukkan lagi simptom. Malah ia boleh menjadi pencetus peripheral neuropathy. Gluten ini terdapat di dalam gandum, oat dan barli.

Makanan yang biasanya mengandungi gluten ini adalah roti, pasta, biskut, kek, pasteries dan apa saja makanan yang mengandungi tepung gandum. Tukar kepada makanan yang berasaskan beras, kentang dan jagung.

2- Bijiran Diproses (Refined Grains)

Bijiran yang diproses selalu mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Ini bermakna mempunyai kesan serta merta kepada gula di dalam darah anda.

Mengawal glisemik adalah strategi utama bagi menghalang perkembangan masalah neuropathy yang dikaitakn dengan kencing manis. Elakkan mengambil bijiran yang diproses, gantikan dengan bijiran yang asli. Sebagai contoh, elakkan nasi putih gantikan dengan beras hitam atau coklat. Kadar glisemik makanan ini lebih rendah.

Atau anda boleh cuba beras rebus (par boiled rice), indeks glisemiknya juga rendah. Selamat untuk pesakit kencing manis.

3- Gula Tambahan

Gula tambahan seperti gula tebu, sirap jagung, madu harus dielakkan. Ini hanya akan memburukkan lagi peripheral neuropathy. Apa saja gula tambahan mengandungi indeks glisemik tinggi. Makanan-makanan yang bergula tinggi ini hanya mengandungi sedikit nutrisi baik.

Buat pilihan yang bijak, gantikan dengan makanan-makanan asli yang lebih bernutrisi seperti buah, sayuran dan bijiran asli.

Makanan yang tinggi gula tambahan ini adalah kek, coklat dan aiskrim.

4-Lemak Tepu

Lemak tepu ini biasanya diperolehi dari lemak daging dan produk tenusu. Ia boleh menyebabkan keradangan dan meningkatkan risiko kencing manis, obesiti dan masalah jantung. Mengurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu merendahkan risiko neuropathy.

Sumber makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu adalah organ dalaman haiwan, daging lembu dan kambing, makanan bergoreng, mentega, susu dan keju.

Bagi meningkatkan kesihatan, gantikan dengan lemak protein seperti ikan dan soya.

Sumber: http://livestrong.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *