5 Amalan Hari Jumaat Untuk Wanita Mudah Dilakukan

Hari Jumaat penghulu segala hari, juga digelar sebagai hari raya mingguan. Terlalu banyak kelebihan hari Jumaat. Rugi kalau kita biarkan penghulu hari ini berlalu begitu sahaja.
Ada banyak amalan yang boleh dilakukan, tetapi 5 amalan hari Jumaat ini adalah antara yang paling mudah untuk dilakukan adalah:

1- Memperbanyakkan Selawat

Ini adalah amalan yang laing utama. Tanda kita mengingati junjungan besar Nabi Muhamad. Kita boleh lakukan pada bila-bila masa. Tak perlu berwuduk dan tak perlu duduk di satu tempat yang khusus.
Bekerja, memasak, memandu, berjoging dan macam-macam lagi boleh disulam dengan selawat. Moga dengan selawat ini, nantinya di akhirat nanti kita beroleh syafaat dari Nabi junjungan kita.
Ada cara nak bagi lebih ‘feeling’ semasa selawat. Cuba semasa lafazkan selawat, kita ingatkan kembali kesusahan baginda memperjuangkan agama Islam. Betapa baginda melalui 1001 kesusahan. Tanpa baginda mungkin sekarang kita masih belum menjadi orang Islam. Bahkan tak kenal apa itu Islam.
Oleh itu, bersyukurlah kita diatas nikmat ini.

2- Membaca Surah Al-Kahfi

Bukan hanya wanita, kaum lelaki juga mesti berebut melakukan amalan ini. Insyaallah berkat Surah Al- Kahfi ini kita akan terlindung dari fitnah dajjal.
Surah ini boleh dibaca bermula selepas Maghrib hari Khamis, sehingga selepas Asar hari Jumaat.
Ada tips supaya berjaya habiskan 110 ayat di dalam Surah Al-Kahfi ini. Ini tips yang dikongsikan di blog mamachrysalis:
  • Selepas Maghrib (Khamis malam Jumaat) : Baca mulai ayat 1 sehingga ayat ke 31.

  • Selepas Isya’ (Khamis malam Juamaat) : Sambung ayat 31 sehingga 59. Dan jika larat, sambung seterusnya ayat 60 sehingga 82. Jika tak berkesempatan untuk sambung, boleh combine kan bacaan selepas Subuh hari Jumaat.

  • Selepas Subuh (hari Jumaat) : Bacaan diteruskan bermula ayat 83 sehingga ayat terakhir 110.

Insyaallah habis satu surah. Kalau belum pernah buat amalan ini, mulakan dulu dengan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah. Biar sedikit dahulu asalkan konsisten. Ini lebih baik dari tak buat langsung.

3- Berdoa Sebanyak Mungkin

Jumaat adalah hari yang mana dikatakan mustajab segala doa. Oleh itu, sangat rugi kalau kita tidak berdoa. Mohonlah supaya diberikan syurga Firdaus nanti.
Berdoa adalah tanda yang kita sangat perlukan pertolongan Allah. Tidak berdoa itu adalah tanda orang yang sombong. Ya memang Allah Maha Mengetahui, walaupun kita tak ucapkan doa kita. Tetapi Allah sangat suka jika hambaNya meminta-minta kepadaNya. Jangan pula meminta-minta pada manusia, ini Allah murka.
Berdoa dengan penuh pengharapan dan sangka baik yang Allah akan makbulkan doa-doa kita. Yakinlah Allah akan berikan yang terbaik mengikut perkiraanNya.

4- Mandi Sunat Hari Jumaat

Hanya dengan berniat sahaja telah membezakan mandi biasa dan mandi sunat Jumaat. Sudah semestinya setiap pagi Jumaat kita akan mandi bukan? Jadi niatkan saya sahaja aku mandi sunat Jumaat kerana Allah Taala.

5- Bersedekah

Walaupun anda surirumah tetap sahaja boleh bersedekah. Tidak kira berapa jumlahnya, hanya Allah yang tahu selayak mana ganjaran yang akan diterima.
Matematik Allah tidak sama seperti matematik manusia. Seposen yang kita keluarkan, mungkin seribu yang akan masuk. Paling penting ikhlas. Ingat sebaik-baik sedekah adalah sedekah ke atas ahli keluarga.
Kalau tidak boleh kita lakukan kelima-lima, lakukan dahulu satu. Minggu depan kita tambahkan lagi. Sentiasa berhasrat untuk menjadi yang lebih baik. Dunia bukan tempat bersenang-senang, bersusah dahulu untuk akhirat nanti.
Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *