4 Sebab Kenapa Saya Suka Kegagalan

Siapa yang suka kepada kegagalan? Kedengaran agak bodoh, sebab rata-rata manusia tidak suka kegagalan. Tetapi saya suka.

Dan saya ada sebab tersendiri kenapa saya suka kegagalan. Ya kegagalan menyakitkan dan membuatkan diri nampak tidak berguna. Tetapi sebenarnya ada banyak kebaikan yang kita boleh belajar dari kegagalan.

Kenapa saya suka kegagalan?

1- Kenalpasti Apa Masalah Sebenar

Kegagalan buat kita bermuhasabah. Semasa inilah kita akan fikir apa sebenarnya punca kepada kegagalan kita. SEmakin kita bermuhasabah, semakin kita rasa dekat dengan sang Pencipta. Maka semakin kerap kita akan minta pertolongan dia.

Kebiasaanya manusia bila berjaya mudah lupa diri. Sesekali gagal bawa kita kembali tunduk menyembahNya.

2- Keputusan Terpenting Dalam Hidup

Kadang-kadang apabila kita merenung diri, apa punca kegagalan kita. Sebenarnya punca utama adalah kerana kita TIDAK BENAR-BENAR mahukannya. Ya kita mahu, tapi tidak cukup!

Contoh kita mahu pendapatan puluh ribu RM sebulan, namun kita tak sanggup untuk berkorban. Tak sanggup tidur lewat, tak sanggup baca buku, tak sanggup tak tengok tv dan macam-macam yang lain.

Mungkin jika kita tak sanggup berkorban, mungkin saja itu tanda perkara yang kita buat sekarang bukan benar-benar kehendak kita. Kegagalan membantu melihat lebih jelas apa yang kita mahukan dalam hidup dan membuat keputusan terpenting di dalam hidup.

3-Menjadikan Diri Lebih Baik

Percaya atau tidak, inilah yang diajar oleh kegagalan. Iaitu memaksa kita untuk menjadi lebih baik. Kita akan melihat kembali apa yang telah kita lakukan sampai menyebabkan kita gagal.

Seperti saya sendiri, sebelum ini saya hanya mengharapkan jualan Shaklee dari platform blog http://welovesusuibu.blogspot.com semata-mata dan fokus pada set penyusuan. Takut untuk menjual Vivix, yelah hargakan agak kebaboom tapi kenalah dengan kebaikannya.

Namun apabila sampai satu saat target jualan tak seperti yang saya mahukan, ini memaksa saya untuk buat sesuatu yang di luar zon selesa. Saya buka http://sirapmerah.com yang targetnya untuk membantu pesakit kencing manis mendapat suplemen yang terbaik.

Nampak sudah mula ada perubahan. Dan inilah sebabnya saya suka kegagalan, ia mencungkil segenap potensi diri yang ada di dalam diri.

4-Menjadi Lebih Berani

Micheal Jordan pernah berkata “Saya telah gagal berkali-kali di dalam hidup. Dan itulah sebabnya saya berjaya.”

Apabila kita gagal dengan sesuatu yang kita usahakan, biasanya diri kita akan termotivasi untuk membuat sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih berani.

Kegagalan akan memaksa diri kita untuk membuat sesuatu yang lebih berisiko. Lebih tinggi risiko, bermakna lebih tinggi pulangan yang kita akan perolehi.

Usah takut kegagalan. Berkawan dengan kegagalan akan membuat kita membuka mata melihat sisi lain kehidupan kita.

Yakinlah, pasti ada sesuatu pengajaran atau hikmah disebalik kegagalan.

Gagal ini perkara biasa, apa yang luar biasa adalah apabila kita bangkit dari kegagalan.

Selamat menghadapi kegagalan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *