Pengalaman Jadi Ahli Shaklee dan Bisnes Shaklee, Lebih 6 Tahun

Ini kisah saya yang bermula sebagai ahli Shaklee tanpa sengaja. Bermula dengan terpaksa makan Shaklee kerana susu badan merudum teruk, stok susu tahap kritikal masa itu.

Bila nampak ada kesan, saya mula konsisten mengambil suplemen Shaklee. Namun, minat untuk berbisnes langsung tiada. Lebih teruk lagi, saya tak tahu pun Shaklee ini boleh dijadikan sebagai bisnes.

Ditambah lagi dengan saya baru saja dikecewakan oleh satu bisnes MLM. Langsung tawar hati, maklumlah sudah rugi RM20,000 yang dikeluarkan sebagai modal.

Saya masih terus mengamalkan Shaklee seperti biasa. Bila ada yang tanya macam mana susu badan holeh banyak dan pekat, saya kongsikanlah apa yang saya ambil. Bila ada yang mahu beli, saya berikan nombor pengedar Shaklee yang sekarang telah menjadi tok guru bisnes saya.

Tak ada langsung perasaan nak menjual, walaupun suka-suka.

Entah bagaimana, pada tahun 2011 hatu saya makin kuat nak berhenti kerja. Tapi saya perlu ada bisnes. Tak kan nak jadi surirumah tak berduit.

November 2011, saya masih ingat lagi. Saya minta Allah tunjukkan bisnes apa yang boleh saya buat. Waktu itu hari Jumaat, rehat lebih lama. Jadi saya dan kawan sepejabat ke KLCC,  tiba-tiba saya terserempak dengan tok guru (upline) Shaklee saya, masa tu saya dah pun jadi ahli Shaklee tapi untuk makan sendiri.

Terperanjat sungguh. Mungkin inilah cara Allah jawab doa saya. Masa terserempak tu, tidaklah saya teruja nak terus buat bisnes Shaklee. Saya minta untuk berjumpa dia di waktu lain, saya nak tahu macam mana bisnes ini.

Kalau sama macam MLM haram jadah yang buat saya rugi tu, pastinya saya tolak.

Pertemuan rasmi saya dan upline. Kami ke Peanut Cafe, saya ingat lagi bila order kopi susu ada gambar Peanut di atas kopi. Kami berbual macam biasa, lebih kepada dia ceritakan pengalaman dia buat bisnes Shaklee.

Tak ada pula janji manis, buat bisnes ni nanti dapat income 4-5-6 angka. Apa yang menarik perhatian saya, bisnes Shaklee ini boleh dibuat secara online.

Oh inilah bisnes yang saya mahukan. Tanpa perlu jumpa orang, saya boleh membuat jualan.

Tiada pula cerita yang saya kena cari 10-20 orang untuk dijadikan kaki. Langdung tiada. Ahli Shaklee baru yang akan mendaftar bukan sebab dipaksa keluarkan modal dan buat bisnes. Tetapi ahli baru sertai Shaklee sebagai ahli makan sendiri.

Modal yang hanya perlu saya keluarkan, hanya yuran keahlian RM65.00. Itu pun saya dah bayar, jadi untuk saya mulakan bisnes Shaklee pada November 2011 tiada kosong.

Saya hanya perlu buat perkongsian di Facebook dan blog yang sudah saya ada dahulu welovesusuibu.

Tidak sangka saya, mudah betul cara nak mulakan bisnes Shaklee.

Rupanya memang inilah yang syarikat Shaklee mahukan, penggunanya benar-benar asli. Mula buat bisnes atas sebab produk Shaklee benar-benar berkesan.

Daftar keahlian, mengamalkan Shaklee secara konsisten dan kongsikan kepada lebih ramai orang tentang kebaikannya. Itulah prinsip bisnes Shaklee.

Dan itulah juga yang saya lakukan sejak 6 tahun lepas hingga sekarang.

Dahulu fokus saya membantu ibu-ibu menyusukan anak untuk dapatkan nutrisi yang cukup dengan mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. Namun sekarang, target saya lebih besar. Saya mahu membantu pesakit kencing manis supaya mereka mendapat peluang kedua untuk lebih sihat dengan mengamalkan Vivix sebagai suplemen harian.

Bisnes bukan kerana keuntungan semata. Tetapi mahu membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka. Bahagia dunia dan akhirat. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *