3 Rawatan Kaki Kebas Dan Berdenyut Pesakit Kencing Manis

Kaki kebas dan berdenyut adalah salah satu simptom kerosakan saraf akibat kencing manis. Penyakit ini merosakkan hujung saraf dan menyebabkan neuropathy. Sebagai contoh peripheral neuropathy, ia melibatkan saraf pada kaki dan tangan.

Masalah neuropathy ini tiada ubat. Namun dengan rawatan yang betul ia boleh mengurangkan simptom kaki kebas dan berdenyut. Selain itu, ia akan menghalang masalah neuropathy menjadi lebih teruk.

1- Penjagaan Kaki

Kaki memerlukan penjagaan khusus di kalangan pesakit kencing manis. Kencing manis bukan sahaja merosakkan hujung safar kaki, tetapi ia boleh menyebabkan antibodi badan lemah bagi melawan jangkitan kuman.

Kebas dan kehilangan derai rasa pada kaki menyebabkan seseorang tidak sedar akan luka kecil pada kaki. Nampak seperti tidak apa-apa, tetapi buat pesakit kencing manis ini boleh membawa kepada komplikasi yang menakutkan.

Bermula sebagai ulser kaki, jangkitan kuman yang serius dan akhirnya bagi untuk menyelamatkan nyawa pesakit kaki terpaksa dipotong.

Oleh itu, American Diabetic Association menasihatkan agar pesakit memeriksa kaki setiap hari. Ini bagi memastikan kaki bebas dari luka atau lepuhan. Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan kaki oleh pihak hospital.

Selain itu, periksa juga luaran kasut dan pastikan tiada sebarang objek di dalam sebelum anda memakainya. Jika ada luka walaupun kecil, segeralah berjumpa doktor.

2- Insulin dan Ubat-ubatan

Masalah kaki kebas dan berdenyut akibat neuropathy diabetis akan semakin baik jika paras gula berada pada tahap yang selamat. Pengambilan insulin dan ubat akan membantu mengawal tahap gula di dalam darah.
Dos dan jenis insulin bergantung kepada tahap kencing manis yang sedang dihadapi.
Kesakitan pada kaki juga akan berlaku jika anda mengalami masalah neuropathy ini. Oleh itu, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit seperti ibuprofen. Pastikan ubat diambil melalui perskrepsi oleh doktor.

3- Gaya Hidup Yang Sihat

Mengawal berat badan dan menjalani gaya hidup yang sihat adalah antara perkara yang sangat penting bagi mengawal gula di dalam darah. Ia juga akan memperbaiki masalah neuropathy diabetis.

Bagi pesakit kencing manis mengalami obesiti dan juga berat badan berlebihan, mengurangkan berat penting bagi menghalang neuropathy dan diabetis bertambah teruk.

Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Lebihkan sayuran, buah-buahan dan bijiran asli. Selain itu, bersenam dengan kerap, elakkan pengambilan alkohol dan berhenti daripada merokok.

Lakukan ketiga-tiga rawatan ini, dalam masa beberapa bulan kesihatan anda akan meningkat. Masalah kaki kebas dan berdenyut juga semakin pulih.

Anda mahu melengkapkan rawatan? Saya cadangkan anda mengambil suplemen untuk kencing manis. Suplemen ini bertujuan melengkapkan ketidakcukupan nutrisi akibat sakit itu sendiri dan juga pengambilan ubat-ubatan.

Saya mencadangkan anda untuk mengambil Vivix dari Shaklee. Ia membekalkan makanan yang baik untuk sel-sel badan, supaya kesihatan anda menjadi bertambah baik.

Jika anda mahu cuba Vivix, boleh saja WA/SMS saya di 0167731892 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *