Asal Usul Shaklee, Ilham Si Pesakit Kanser dan TB

Dr Forrest Clell Shaklee, dari beliaulah asal usul Shaklee bermula. Dilahirkan di Carlisle, Iowa pada November 1894. Wah sama bulan kelahirannya dengan saya. Patutlah beliau hebat.

Semasa zaman kanak-kanaknya, doktor telah mengesahkan bahawa beliau menghidapi tuberculosis (TB). Lebih menyedihkan, beliau diramalkan dapat hidup sehingga usianya 8 tahun.

Ibunya percaya alam semulajadi boleh menyihatkan kembali anaknya. Oleh itu, mereka pindah dari bandar ke kawasan perkampungan. Berkat kesungguhan ibunya, beliau membesar dengan sihat walaupun tidak secergas remaja lain seusianya.

Forrest lebih banyak duduk di dalam rumah, semasa inilah asal usul Shaklee benar-benar bermula. Beliau banyak masanya diluangkan untuk membaca dan menulis. Akhirnya ia mendorong minatnya kepada science of chiropractic care.

Bagi menerusnya minatnya, Forrest telah mendaftar ke Palmer School of Chiropractic. Sekaligus beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia. Beliau boleh digelar sebagai Bapa Suplemen. Nama suplemen yang dihasilkan adalah Vitalized Mineral pada tahun 1915.

Dua tahun kemudian, pada 1917 beliau telah berpindah ke Fort Dodge, Iowa. Lalu membuka sebuah pusat rawatan alternatif. Bermula dengan hanya 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Cara rawatannya adalah dengan memberi pesakit diet yang kata dengan vitamin sebab ikhtiar penyembuhan.

Ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan semakin maju.

Namun ada sesuatu yang malang telah terjadi. Mesin x-ray yang ada di pusat rawatan telah dikendalikan oleh Dr Forrest Shaklee sepenuhnya. Semasa itu, beliau tidak tahu menahuyang mesin x-ray ini boleh merosakkan sel-sel dalam badannya. Sehinggalah akhirnya beliau terkena kanser. Punyalah teruk sampai doktor di MayoClinic buat rancangan untuk potong kaki dan tangannya.

Kalau dahulu beliau boleh melawan TB. Begitulah juga nekadnya beliau untuk melawan kanser. Sama seperti rawatan yang diberi kepada pesakitnya, ia menggunakan rawatan diet tinggi nutrisi dan vitamin. Atas izin Allah, beliau bebas kanser.

Pusat rawatannya pun terpaksalah dijual. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tetapi itu semua bukan alasan untuk beliau berhenti dan dan mengalah.

Tetap percaya bahawa terapi alam semulajadi dan makan suplemen yang banyak. Akhirnya hujung tahun 1922 kansernya mula sembuh.

Malah, tenaga dan kesihatannya semakin membaik. Berkat kejayaan bebas kanser itulah, Dr Shaklee semakin yakin bahawan sel-sel sihat di dalam badan berkaya melawan sel kanser.

Bangun dari kegagalan, tahun 1924 beliau sekali lagi membuka pusat rawatan. Sungguh orang hebat, ujiannya juga hebat, Tahun 1929 pusat rawatannya pula terbakar.

Di kala usianya 62 tahun pada tahun 1955, Dr Shaklee telah menubuhkan syarikat sendiri dan menjual produk-produk suplemen.

Selepas enam bulan, pada 1 April 1956 Shaklee Corporation telah ditubuhkan. Ia menggunakan konsep jualan langsung yang telah menjadi fenomena dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Dr Forrest mengasaskan Shaklee dengan kesedaran bahawa sains dan alam semula jadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.

Begitulah bermulanya asal usul Shaklee, sehingga kini terus berinovasi dan telah pun mencapai ke 100 tahun. Sebagai pengedar Shaklee saya turut berasa bangga, bertambahlah keyakinan yang saya berada di jalan yang betul.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *