Diet Yang Membantu Elak Pankreastitis dan Asid Refluks

Sakit pankreas atau pankreastitis adalah keradangan yang berlaku pada dinding pankreas. Organ ini berfungsi untyk menyerap segala nutrisi dari makanan yang diambil sehari-hari.

Asid refluks pula adalah keadaan di mana injap di hujung esophagus tidak tertutup sepenuhnya. Asid perut dan makanan akan bocor dan masuk ke esophagus. Kesannya anda akan mengalami keradangan dan rasa tidak selesa.

Kedua-dua masalah ini boleh menyebabkan kesakitan yang makin menjadi-jadi. Ia bergantung kepada tahap keradangan yang berlaku. Syukurlah, hanya dengan mengambil diet yang betul simptom masalah-masalah ini boleh dikurang.

Diet Khusus Sakit Pankreasitis dan Asid Refluks

1- Hentikan Kafein

Lebih baik jika dihentikan terus, namun jika tidak tahan hidup tanpa kafein tolonglah hadkan pengambilannya. Kafein ini boleh menyebabkan iritasi pada pankreas dan esophagus.

Cukup sekadar sekali dalam satu hari untuk penuhi tuntuan kafein badan anda. Banyakkan minum air kosong.

2- Makan Makanan Asli

Bukan makanan orang asli. Gantikan makanan-makanan yang diproses dengan makanan asli. Roti adalah anda antara makanan yang diproses, anda boleh gantikannya dengan nasi. Atau mungkin labu dan keledek sebagai sumber karbohidrat.

Banyakkan lah sayuran dan buah-buahan, sayuran berdaun hijau sangat baik untuk anda yang ada masalah sakit pankreas dan asid refluks. Ia boleh mengawal kesakitan dan mengurangkan risiko keradangan.

Sumber protein pula utamakan ikan dan ayam dari daging merah. Daging merah ini boleh mencetuskan kesakitan dan simptom menjadi tidak terkawal.

sumber: https://www.livestrong.com/article/282828-diet-to-help-with-pancreatitis-acid-reflux/

3- Makan Lemak Sihat

Bukan semua lemak tidak bagus, ada lemak yang sihat seperti omega 3 yang banyak terdapat dalam kekacang dan ikan. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tinggi seperti makanan segera.

Biasanya makanan jenis ini ada lemak trans yang boleh memburukkan lagi masalah asid refluks. Bukan itu saja, ia juga menambah kesakitan pankreasitis.

Selain dari makan kekacang dan ikan, lengkapkan keperluan omega 3 dengan suplemen Omega Guard. Ia adalah minyak ikan tulen dan bagus untuk mengawal simptom masalah pankreasitis dan asid refluks.

Tips Bonus

Makan dengan kerap dalam kuantiti kecil, 5-6 kali makan sehari.

Amaran

Dapatkan rundingan dengan doktor dahulu sebelum anda menukar diet harian.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *