7 Panduan Pengambilan Karbohidrat Buat Pesakit Kencing Manis

Siapa kata pesakit kencing manis tak boleh ambil karbohidrat? Ini kurang tepat. Asal tahu cara yang betul, anda boleh menikmati nutrisi nan satu ini dengan tenang. Paras gula pun tenang-tenang sahaja.

1- Buat Pilihan Bijak

Karbohidrat ada tugas yang penting untuk badan manusia, ia memberikan tenaga. Anda perlukan gula bagi menjana tenaga.

Karbohidrat terdapat dalam dua bentuk, iaitu karbo ringkas dan karbo kompleks. Perbezaannya, karbo ringkas pantas hasilkan tenaga tetapi tidak berpanjangan. Karbo jenis ini tidak bagus.

Pilihlah karbo kompleks. Ia menghasilkan tenaga secara berperingkat-peringkat dan tahan lebih lama.

2-Baca Label

Sebelum anda buat keputusan membeli makanan, bacalah dahulu label nutrisi. Ia secara langsung akan menunjukkan kandungan gula tambahan. Gula tambahan ini termasuk dalam jenis karbo ringkas yang perlu dielakkan.

Tipsnya, apa saja bahan yang berakhir dengan “ose” seperti “sucrose” tinggalkan saja dirak. Usah ambil dan masukkan ke dalam bakul anda.

Sucrose ini adalah nama kimia bagi gula yang telah diproses (gula putih).

3- Cukup Ke Hanya Elak Karbo Ringkas?

Ya betul makanan yang diproses kebanyakkannya mengandungi gula tambahan. Ianya tidak bagus buat pesakit kencing manis. Namun, anda juga mesti berhati-hati dengan karbo kompleks.

Seperti susu segar, ianya makanan semulajadi bukan? Di dalamnya turut mengandungi gula. Gula di dalam susu disebut sebagai ‘lactose’.

4-Roti Bijak

Sekali lagi, anda perlu bijak memilih roti yang baik. Samaada roti itu karbo ringkas atau kompleks, bergantung kepada bahan yang digunakannya.

Pilihlah roti yang dibuat dari bijiran penuh. Bukan dari tepung gandum.

5-Buah Pun Karbo?

Buah juga mengandungi karbo, lebih manis buah lebih tinggi kandungan gulanya. Seperti pisang, jika anda mahu makanlah ketika isinya masih padat dan mengkal. Bukan ketika ianya sudah masak ranum, karbo di dalamnya tinggi.

Pilih buah yang berkalori rendah seperti limau gedang, epal hijau atau buah naga.

6- Nasi Boleh Ke?

Pesakit kencing manis boleh makan nasi. Tetapi patuhi porsi yang disarankan oleh pakar pemakanan anda. Biasanya hanya satu genggam nasi sahaja sudah mencukupi.

Mahu lebih baik lagi? Pilih beras yang mengandungi indeks glisemik rendah seperti beras rebus.

7- Air Pun Ada Karbo

Di dalam air manis seperti air gas, teh tarik dhaka dan smoothie ada karbo yang tinggi. Di mana air-air ini menggunakan gula yang sangat banyak.

Hadkan air manis hanya sekali sahaja sehari. Atau tinggalkan saja minuman manis, beranikan diri minum teh dan kopi tanpa gula. Boleh?

Ikuti panduan ini secara konsisten, tanpa anda sedari tahap gula dalam darah akan menjadi lebih baik. Ini akan menurunkan risiko anda dari terkena komplikasi kencing manis yang menakutkan itu.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *