9 Tips Kurangkan Stress, Hidup Lebih Gembira

Anda sering stress sampai sakit kepala? Stress ini memanglah sesuai yang sukar dikawal. Tetapi dengan pengurusan yang baik, stress boleh dikurangkan.

Bila stress kurang, kepala tidak lagi sakit dan pastikan hidup akan jadi lebih baik. Ini ada 9 tips berguna untuk kurangkan stress.

1- Terima perkara atau kejadian yang diluar kawalan anda.

2- Cuba untuk kekalkan sifat positif. Lawan kata-kata jahat di dalam kepala itu. Sebagai contoh “Aku tak pandai” atau “Siapalah aku?”. Tukarkan kepada yang lebih positif seperti “Aku bijak” dan “Aku hebat”. Setiap kali muncul kata-kata jahat, lawanlah dengan kata-kata yang baik.

3-Uruskan masa dengan baik. Berikan masa untuk diri anda laksanakan sesuatu kerja hingga siap. Boleh gunakan ‘time-block’. Isikan dahulu dengan perkara rutin yang anda lakukan, kemudian masukkanlah kerja-kerja yang baru hendak dibuat.

4- Lakukan perkara yang anda suka. Sesekali berikan hadiah dan kegembiraan untuk diri sendiri. Seperti membaca, berkebun atau mungkin membeki belah.

5- Ambil masa 15-20 minit setiap hari untuk duduk dengan tenang. Belajar dan lakukan teknik berehat seperti yoga dan ‘deep breathing’.

6- Bersenam secara kerap. Selain menyihatkan badan, ia juga membuatkan anda lebih rasa berkeyakinan dengan diri sendiri.

7- Elakkan rokok dan juga alkohol.

8- Makan secara sihat dan seimbang. We are what we eat, setuju?

9- Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Badan anda perlukan rehat yang cukup untuk menghadapi hari yang mendatang.

 

2 Replies to “9 Tips Kurangkan Stress, Hidup Lebih Gembira”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *