Ini Cara Menguji Gula Dalam Darah Yang Betul

Pesakit kencing manis perlu mengetahui cara menguji gula dalam darah yang betul. Keputusan yang diperolehi sangat penting bagi memantau dan mengendalikan paras gula di dalam darah. Di mana ia membantu untuk mengelakkan komplikasi penyakit ini.

Cara Menguji Gula Dalam Darah

Cara yang sering digunakan adalah melalui hujung jari. Cucuk hujung jari dengan jarum tajam (lancet). Kemudian titiskan darah pada ‘strip’ ujian dan masukkannya ke dalam mesin glucometer.

Keputusan akan diperolehi kurang dari 15 saat. Maklumat ini boleh disimpan untuk kegunaan mendatang. Terdapat sesetengah mesin glucometer boleh mengeluarkan keputusan purata tahap kandungan gula. Selain ianya juga boleh menunjukkan carta dan graf keputusan yang sebelumnya.

Mesin glucometer dan ‘strip’ ujian gula dalam darah ini boleh dibeli di farmasi berdekatan.

Cara Lain Ujian Darah

Terdapat juga cara lain, seperti mesin yang mengambil bacaan gula bukan pada hujung jari. Darah akan diambil pada lengan, tapak ibu jari kaki atau betis. Dan juga ada mesin yang boleh memberi keputusan ujian gula dalam darah yang berterusan.

Selalunya alat ini dipasangkan sekali dengan mesin mengepam insulin.

Bila Perlu Saya Buat Ujian Gula Dalam Darah?

Anda boleh membuat ujian beberapa kali dalam sehari. Sebagai contoh sebelum makan, sebelum bersenam, sebelum tidur atau sebelum memandu. Anda juga boleh terus membuat ujian apabila anda merasa gula di dalam darah rendah.

Sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui waktu ideal dan berapa kerap anda perlu menguji gula di dalam darah.

Perkara Yang Boleh Menjejaskan Keputusan Gula Dalam Darah

Keadaan seperti anemia, gout, cuaca terlalu panas dan lembap. Atau anda berada di tempat beraltitud tinggi, ini boleh menjejaskan ketepatan bacaan gula dalam darah.

Jika anda mengesyaki bacaan tidak normal, seleraskan kembali mesin dan betulkan ‘strip’ ujian.

Carta Panduan Tahap Gula Dalam Darah Pesakit Kencing Manis

Carta di bawah ini adalah panduan tahap gula di dalam darah bagi pesakit kencing manis. Ianya berbeza dari satu pesakit dengan pesakit lain.

Masa Menguji Ideal Bagi Pesakit Diabetis Dewasa
Before meals 70-130 mg/dL
After meals Less than 180 mg/dL

Pemantauan Gula di Rumah dan HbA1c

Memantau tahap HbA1c juga penting bagi mengawal kencing manis. Kebanyakkan mesin bacaan gula di rumah boleh memaparkan bacaan purata gula di dalam darah, di mana ianya berkaitan dengan HbA1c.

Paras Purata Gula Dalam Darah HbA1c (%)
126 6
154 7
183 8
212 9
240 10
269 11
298 12

Bilakah Masanya Saya Perlu Berjumpa Doktor?

Berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan target paras gula yang selamat.  Anda juga perlu membuat pelan apa yang perlu dilakukan jika mengalami keadaan gula terlampau tinggi atau rendah.

Anda juga perlu mengambil tahu tentang simptom-simptom paras bacaan gula tinggi dan rendah. Ini akan membantu anda menguruskan penyakit ini dengan lebih baik lagi.

Bagaimana Cara Untuk Rekod Keputusan Ujian Gula Dalam Darah?

Bukan sahaja cara menguji gula dalam darah mestilah betul. Menyimpan keputusan ujian juga sama penting.

Simpan semua ujian darah, air kencing dan keton yang berkaitan dengan anda. Letakkan di tempat yang mudah untuk diakses.

Kebanyakkan mesin bacaan gula dalam darah dilengkapi dengan memori. Rekod itu akan memberitahu keadaan anda yang sebenarnya. Selain itu, ia juga penting untuk anda dan doktor melakukan perubahan pada pelan makanan, ubat dan program senaman.

Bawalah rekod ini setiap kali anda berjumpa dengan doktor.

Rujukan: webmd.com

 

2 Replies to “Ini Cara Menguji Gula Dalam Darah Yang Betul”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *