Pengalaman Bisnes Shaklee Tahun Ke 7 & Masih Setia

2018 masuk tahun ke tujuh saya berbisnes Shaklee. Teruja pula saya mahu kongsikan pengalaman bisnes Shaklee ini. Mana tahu ada yang sedang merisik-risik kan?

Baiklah saya mulakan ya. Sebenarnya sejak mula mengandung anak pertama, saya sudah tekad mahu mencari satu bisnes. Ciri-ciri utama bisnes itu mesti boleh dikendalikan dari rumah.  Ini kerana saya mahu uruskan semua keperluan anak-anak dengan tangan sendiri.

Dan sudah tentulah pendapatan yang lumayan.  Alhamdulillah, bisnes Shaklee ada apa yang saya mahu.

Pengalaman Bisnes Shaklee Tanpa Sengaja

Semuanya bermula secara tak sengaja. Semasa tahun 2010, saya hadapi masalah popular ibu menyusukan anak yang berkerja. Susu badan saya merudum teruk, stok beku hampir habis.

Terpaksalah saya mula mencari solusi di Internet. Biasalah orang zaman sekarang, ada masalah saja terus Google. Puas mencari, sampailah saya terjumpa dengan satu blog yang berkongsi tentang Set Penyusuan Shaklee.  Tanpa banyak fikir saya pun buat keputusan untuk cuba.

Dipendekkan cerita Set Penyusuan Shaklee itu telah berjaya menyelesaikan masalah saya. Susu badan kembali normal. Ditambah lagi, susu pula semakin pekat dan badan pun makin bertenaga. Sampai suami saya pelik kenapa saya boleh tidur lambat. Kalau tak, habis saja makan malam mesti saya dah mengantuk. Oh gembira betul saya.

Bermula Episod Berniaga Tanpa Sedar

Dek kerana gembira sangat, lalu saya kongsikanlah kesan yang saya rasai dengan kawan-kawan sepejabat. Saya kongsi juga di FB dan di blog http://welovesusuibu.blogspot.com . Semasa itu langsung tak terfikir nak menjual. Hanya semata-mata nak kongsi kebaikan Shaklee ini.

Eh, tahu-tahu saja ada kawan-kawan pejabat dan FB yang mahu memesan suplemen yang saya ambil. Mulanya saya tolong orderkan saja. Semakin hari semakin galak saya berkongsi, semakin galak pula ramai yang mengorder.

Terfikir pula, lebih baik aku mulakan saja bisnes Shaklee ni. Tak tunggu lama, saya terus suarakan hasrat saya kepada upline Master Lyna Noh.

Saya daftar keahlian Shaklee and the rest is history.

Kini fokus saya bukan hanya untuk kongsikan kebaikan Set Penyusuan Shaklee, malah lebih lagi. Sebab Shaklee menawarkan pelbagai produk yang bagus. Apatah lagi Vivix. Ia adalah produk premium Shaklee kerana kualiti dan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kesihatan, termasuklah pesakit kencing manis.

Shaklee mempunyai barisan saintis-saintis yang sentiasa melakukan kajian klinikal bagi memastikan mutu dan standard produknya sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan.

99.9% Menjalankan Bisnes Shaklee Secara Atas Talian

Rutin sebagai suri rumah membataskan saya untuk bersosial face-to-face. Kalau ada pun sempat berbual seminit dua, selepas itu berdesup hantar dan ambil anak-anak ke sekolah. Tak termasuk lagi rutin di dalam rumah, memasak, mengemas dan macam-macam lagi.

Hujung minggu pula berjalan-jalan. Tak pun pergi melawat ibu ayah saya. Atau pergi bercuti.

Menjalankan bisnes di atas talian adalah penyelamat saya. Sejak mula berbisnes tujuh tahun lepas saya memang membuat bisnes Shaklee secara online.

Pelanggan & Downline Cari Saya

Blog adalah platform utama saya untuk saya berkongsi kebaikan Shaklee, membuat aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi. Selain itu, saya juga menggunakan Facebook dan Instagram.

Oh saya juga ada vlog di channel YouTube Suriya Majid. Jadi tak hairanlah kalau saya katakan 99.9% pelanggan dan downline saya datang dari media social.

Luas sungguh target bisnes saya. Setiap orang yang menggunakan Google adalah bakal pelanggan saya. Apabila mereka Google mencari penyelesaian kepada masalah, blog saya akan dipaparkan. Mereka akan klik untuk membaca. Jika mereka rasa Shaklee ada potensi selesaikan masalah, lalu mereka akan hubungi saya untuk dapatkan konsultasi. Dan akhirnya membuat pembelian.

Membuat Pesanan Online

Saya akan membuat pesanan juga secara atas talian di http://shaklee2u.com.my . Seterusnya pihak Shaklee akan membungkus dan menguruskan penghantaran terus ke muka pintu pelanggan saya.

Jika ada masalah semasa penghantaran, termasuk barang rosak atau tidak sampai. Semuanya akan ditanggung oleh pihak Shaklee. Lega betul saya sebab tak perlu pening kepala untuk fikirkan masalah ini. Terima kasih Shaklee.

Jarang-jarang sekali saya ke pejabat POS. Melainkan jika ada kes-kes tertentu.

Coaching Pun Online Je

Begitu juga dengan aktiviti coaching downline-downline Shaklee, saya lebih banyak menggunakan medium online. Seperti membuat hantaran, Live atau rekod video di Facebook Group eksklusif Team GLORY .

Selain itu, untuk personal coaching saya menggunakan Whatsapp dan Telegram. Bagi tujuan menyimpan info-info berkaitan bisnes, saya gunakan Google Doc., Evernote dan Dropbox. Mudah kerana saya boleh terus kongsikannya kepada downline-downline.

Namun sesekali personal touch atau face-to-face amat perlu. Saya akan rancang perjumpaan secara berkumpulan atau personal, bergantung kepada keperluan, masa dan tempat yang bersesuaian.

Nampak mudah bukan pengalaman bisnes Shaklee saya? Tapi ianya taklah semudah yang disangka. Konsisten dan fokus adalah perkara utama untuk berjaya mencapai 5 figura pendapatan dengan Shaklee.

Teruskan usaha, berdoa dan bertawakal, Insyaallah.

Jika anda juga turut mahu menjana pendapatan dan membina kerjaya dengan Shaklee, mari join Team GLORY saya. Anda akan mendapat khidmat mentor terbaik yang akan membimbing anda mencapai kejayaan.

Terus saja hubungi saya di WA/SMS 0167738192.

Tak lama lagi pasti anda pula yang akan kongsikan pengalaman bisnes Shaklee dan menjadi sumber inspirasi kepada yang lain.

Suriya Majid

Bisnes Mentor Anda

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *