Anggur Untuk Pesakit Kencing Manis, Gula Tak Naik Ke?

Buah anggur untuk pesakit kencing manis boleh atau tidak? Anda sebagai pesakit kencing manis mestilah tahu samaada buah anggur ini bagus atau tidak. Jika tidak, ia boleh mengundang komplikasi yang menakutkan.

Buah anggur adalah antara buah yang mengandungi gula yang tinggi. Secawan anggur mengandungi 15 grams gula.

Diet Pesakit Kencing Manis

Diet kencing manis mestilah fokus untuk mengawal simptomnya. Selain itu, ia mestilah bertindak mengawal komplikasi dari penyakit dalam diam ini.

Pesakit mestilah mengambil makanan berserat tinggi. Di mana kandungan lemaknya rendah, terutama lemak tepu (saturated fat).

Lemak jenis ini boleh menyebabkan arteri tersumbat. Masalah ini adalah antara komplikasi yang sering terjadi.

Selain itu, pesakit juga perlu mengehadkan pengambilan karbohidrat. Elakkan pengambilan gula tambahan seperti di dalam makanan dan minuman manis. Ia boleh meningkatkan gula dalam darah.

Lengkapkan diet kencing manis dengan protein yang baik. Ini akan menjadikan kawalan gula bertambah baik. Masukkan juga buah-buahan dalam dua hingga ke tiga genggam sehari.

Buah-buahan ini termasuklah buah anggur. Asalkan tidak melebihi dari sukatan yang selamat, anggur bebas untuk dimakan.

Anggur dan Indeks Glisemik

Lebih rendah indeks glisemik satu-satu makanan itu lebih baik. Indeks ini merujuk kepada berapa pantas dan kadar kenaikan gula di dalam darah selepas mengambil makanan yang berunsur karbohidrat.

Indeks glisemik buah anggur tidak tinggi dan tidak rendah. Ia berada di pertengahan, berkadar 46.

Oleh kerana itu, anggur untuk pesakit kencing manis mestilah dihadkan kepada 2-3 genggam sehari.

Kebaikan Anggur Untuk Pesakit Kencing Manis

Resveratrol adalah phytochemical yang boleh didapati pada kulit anggur merah. Ianya bagus untuk melawan kencing manis.

Resveratrol ini menstabilkan kandungan gula di dalam darah. Ia juga meningkatkan penghasilan dan fungsi insulin pada model haiwan penghidap diabetes. Petikan dari European Journal of Pharmacology.

Selain itu, phytochemical ini juga memberikan kesan kepada berat badan, mengurangkan obesiti yang mana boleh meningkatkan komplikasi penyakit kencing manis.

Bagus bukan buah anggur ini?

Tapi bukankah lebih bagus jika anda boleh nikmati kebaikan resveratrol buah anggur tanpa perlu ‘makan’ gula yang terdapat di dalamnya kan?

Ada satu suplemen yang kaya dengan resveratrol ini. Dan kandungan gulanya pun rendah. Jika anda sedang mencari suplemen untuk kencing manis, boleh cuba yang ini.

Suplemen ini bernama Vivix. Anda boleh WA/SMS ke 0167731892 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *