7 Kebaikan Buah Anggur Merah, Tingkatkan Ghairah?

Kenapa suka makan anggur merah? Sebab sedap dan manis kan…tapi tahu atau tidak yang ada banyak kebaikan buah anggur merah ini.

Termasuklah untuk yang ehem, ehem tu.

7 Kebaikan Anggur Merah Yang Ramai Orang Tak Tahu

 

1- Mencegah Penyakit Jantung

Kandungan fenol pada buah anggur ini ada antikoksidan yang sangat tinggi. Sehingga boleh menjadi pelindung bagi mengelakkan penyakit jantung.

Selain itu, kandungan resveratrol di dalamnya mampu mencegah pembuluh darah tersumbat pada jantung. Sekaligus menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

2- Mengatasi Insomania

Kandungan melatonin pada anggur merah ini berfungsi menjadi pengatur masa tidur di dalam otak. Jadi kalau lepas ini anda susah tidur, apa kata bangun dan makan 7-8 biji anggur merah. Mesti jadi lebih mudah untuk lelap.

3- Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

Anda ada tekanan darah tinggi? Maka buah anggur inilah antara buah yang bagus untuk anda. Zat melatonin dan kalium di dalam buah ini mampu menstabilkan tekanan darah.

Seratnya pula bagus untuk membersihkan pembuluh darah dari lemak dan kolestrol. Kesannya peredaran darah menjadi lebih lancar.

4- Mencegah Kanser

Ini juga antara kebaikan anggur merah yang ramai orang tak tahu. Ya ia mampu menjadi pencegah kanser. Kandungan asid elagik, antioksidan, acustimissin, petrostilbene dan restevarol dipercayai mampu menghalau sel-sel abnormal.

Sel-sel abnormal ini kalau dibiarkan berpotensi untuk menjadi sel kanser.

Makanlah anggur dan kulitnya bagi mendapat khasiatnya yang optimum.

5- Mencegah Diabetes

Siapa kata penghidap diabetes tak boleh makan anggur? Boleh, malah lebih baik. Sebab banyak kebaikan anggur merah ini untuk pesakit.

Cuma ada hadnya, cukup 2-3 hidangan setiap hari. Satu hidangan dalam 6-8 biji anggur merah. Bukan semangkuk ya.

Gula di dalam buah anggur adalah semulajadi, ia mampu menstabil gula di dalam darah. Makanlah anggur tanpa dirundung rasa bersalah.

6- Meningkatkan Tenaga

Kandungan gula semulajadi di dalam anggur merah adalah sumber tenaga yang baik. Jika anda merasa lemah letih di petang hari, apa kata ambil anggur sebagai makanan snek petang.

Pasti mood anda akan berubah kerana badan anda menjadi lebih bertenaga.

7- Meningkatkan Ghairah Seksual

Inilah yang ehem ehem tu. Ya mungkin isu begini agak sensitif untuk disentuh, tetapi ianya penting. Terutamanya untuk pasangan suami isteri yang semakin hambar hubungan seksualnya.

Sifat afrodisiak pada buah anggur ini dikatakan mampu meningkatkan ghairah seksual.  Ini bagus untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan.

Ajaklah pasangan anda untuk makan anggur. Tapi pastikan jangan banyak-banyak, nanti terlebih gula datang pula masalah yang lain.

Tak sangkakan banyak kebaikan anggur merah ini. Sebenarnya ada banyak lagi. Hebat sungguh ciptaan Tuhan untuk manusia.

Nak tahu tak ada anggur yang lebih hebat lagi kebaikannya dari anggur merah ini? Ia digelar sebagai super grape, juga dikenali sebagai anggur muskat.

Anggur muskat ini bersaiz sebenar bola golf. Harganya pula mencecah ratusan ringgit untuk hanya sebiji. Anggur inilah yang Shaklee pilih untuk dimasukkan ke dalam suplemen premium Vivix.

Terbaik kan?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *