Selamat Ke Kurma Untuk Pesakit Kencing Manis?

Soalan yang biasanya timbul di bulan Ramadan, selamat ke kurma untuk pesakit kencing manis? Ramai pesakit yang takut untuk makan kurma.  Antara sebab utama kerana rasanya yang begitu manis, kedang-kadang sampai ngilu gigi mengunyah kurma kan?

Anda tidak perlu takut, kurma selamat dimakan untuk pesakit kencing manis. Rasa manisnya adalah semulajadi asal dari buah kurma itu sendiri. Bahkan serat yang ada pada kurma juga baik untuk kesihatan.

Cuma pengambilan kurma perlulah ada had. Walaupun manis semulajadi, ianya tetap berkalori. Sebiji buah kurma ada 20 kalori. Kalau tiga biji, baru 60 kalori. Jadi tak mendatangkan mudarat pun jika hari-hari berbuka dengan kurma.

Di bawah ini tips tambahan supaya kurma kekal selamat untuk pesakit kencing manis.

Tips Makan Kurma

1- Hadkan pengambilannya 2-3 biji semasa berbuka dan bersahur.

2- Kawal nasi, roti dan sumber karbohidrat ringkas lain supaya gula tak naik mendadak. Cukup satu genggam nasi atau dua keping roti sekali makan.

3- Banyakkan sayuran hijau (karbohidrat complex) untuk berikan rasa kenyang.

diet pesakit kencing manis

4- Pilih air yang berkalori rendah seperti air kosong. Atau jika mahu minum teh atau kopi, cuba minum tanpa gula tambahan.

5- Tak sah berbuka tanpa kuih kan? Makanlah seketul dua selepas berterawih. Insyaallah selamat.

Kunci utama untuk mengawal gula dari naik adalah penjagaan pemakanan yang ketat dan konsisten. Selain itu buatlah apa-apa aktiviti untuk yang boleh mengeluarkan peluh, seperti berkebun. Atau lakukan senaman ringan.

Kemudian amalkan suplemen yang diperlukan oleh pesakit kencing manis. Suplemen yang baik akan membantu pengawalan gula dalam darah menjadi lebih efisyen.

Pilih suplemen yang ada mengandungi antioksidan yang tinggi. Ia akan melambatkan komplikasi kencing manis. Vivix adalah antara suplemen yang boleh diamalkan.

100% semulajadi dan selamat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *