Adakah Suntikan Insulin Membatalkan Puasa? Jawapan Mufti Mesir

Apabila bulan Ramadan,  soalan ini  sering di tanya oleh pesakit kencing manis. Terutama mereka yang perlukan suntikan insulin. Soalannya adalah “Adakah suntikan insulin membatalkan puasa?”.

Dar Al Ifta Al Mishriyah (pusat penelitian hukum-hukum agama Islam yang unggul di Mesir) telah mengeluarkan fatwa bernombor 3588.

Hukum Suntikan Insulin, Membatalkan Puasa atau Tidak?

Fatwa ini berkaitan dengan persoalan suntikan insulin boleh membatalkan puasa atau tidak? Ianya telah difatwakan oleh Dr Ali Jum áh selaku Mufti Agung Mesir.

Beliau menjelaskan bahawa suntikan insulin di siang hari tidak membatalkan puasa. Ini kerana cairan itu tidak masuk dan sampai ke dalam badan dengan cara yang normal. Apa saja cairan yang disuntik mahupun ubat atau makanan (air glukos), ini tidak akan membatalkan puasa.

Insulin Membatalkan Puasa

Berikut saya kongsikan juga penjelasan dari Ustaz Zaharudin:

Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, ‘pain killer’ dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, airseperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

sumber: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html

Baca: http://sirapmerah.com/2017/10/31/dulu-mak-terpaksa-cucuk-insulin-sampai-20-sekarang-6-sahaja-ini-rahsianya/

2 Replies to “Adakah Suntikan Insulin Membatalkan Puasa? Jawapan Mufti Mesir”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *