Sibuk Jual Vivix, Tak Sedar Ayah Sendiri Kena Kencing Manis

Anak jenis apalah saya ini, sibuk jual Vivix sampai tak sedar Ayah kena kencing manis. Menyesal betul rasanya, bila saya tak sungguh-sungguh terangkan dan suruh Ayah makan Vivix.

Cerita sebelum Ramadan baru ini. Ibu telefon saya, dalam nada yang sedih dia kata “Ayang ibu nak bagitahu ni, Ayah kena kencing manis”. Ya Allah, tersentak rasa jantung ini.

Inilah Sebab Sebenar Ayah Kena Kencing Manis

Ayah boleh dikatakan aktif, hari-hari 4-5 jam dia akan kerjakan kebunnya. Makan pun tak ada yang pelik-pelik. Biasa saja.

Tapi bila saya fikir balik, Ayah suka minum air 100 Plus. Kadang-kadang satu botol besar habis dalam seminggu. Teringat pula saya masa sendukkan nasi ke pinggan Ayah. Bukan kedekut, tapi sejak-sejak sudah sedar tentang gula dalam nasi yang boleh buat gemuk saya ambil satu senduk nasi sekali makan.

Ayah kata “Ayang ni kalau senduk nasi banyak ni pada tetamu mesti diaorang kecil hati, macam tak nak bagi makan”. Tersengih saya bila ditegur, seraya menambah nasi dalam pinggan Ayah.

Berbukit nasi dalam pinggan, Ayah suka makan nasi banyak.

Lagipula umur Ayah yang semakin bertambah, sudah tentulah proses dalam badan tak sama macam masa muda-muda dahulu. Badan dah penat nak proses gula yang banyak masuk, badan boleh proses sikit saja tukarkan gula kepada tenaga. Lebihan gula tu mana perginya? Pergi dalam saluran darahlah, itulah yang buat gula mula naik tinggi.

Ibu memang pengamal tegar Vivix. Agaknya orang lelaki ni memang culas sikit untuk ambil makanan tambahan.

Risau betul nada suaranya bila mengkhabar kisah yang agak duka itu. Ibu tanya nak bagi Ayah makan apa ye?

Makan itu merujuk pada suplemen apa yang sesuai untuk turunkan kencing manis Ayah. Saya kan usahawan suplemen Shaklee, sebab itulah ibu tanya pada saya.

Ayah kalau boleh tak mahu makan ubat, masa disahkan kena kencing manis oleh doktor paras gulanya 8. Apabila Ayah menolak untuk makan ubat, doktor bersetuju. Tapi ada syarat, jika selepas dua minggu gula makin naik memang tiada jalan lain, Ayah kena makan ubat arah doktor.

Saya minta Ibu untuk suapkan Vivix di mulut Ayah setiap hari. Tak kisahlah awal pagi atau sebelum tidur. Lepas tu, saya minta juga ibu kawal nasi yang Ayah makan.

Ayah tidak mahu susahkan anak-anak, dia pesan pada Ibu jangan bagitahu pada kami anak-anak. Tapi hati isteri mana yang tak risau kan? Itu yang diam-diam beritahu saya.

Ayah Takut Minum Vivix

2 hari kemudian, Ibu mengirim pesanan di WA supaya saya menghubunginya segera. Tak berlengah terus saya telefon ibu, rupanya Ayah menolak untuk makan Vivix. Dia kata Vivix tu manis, mesti gula banyak.

Tersenyum saya. Saya minta telefon diberikan pada Ayah untuk saya cerita lanjut tentang Vivix pada Ayah.

Saya kata, Ayah jangan risau Vivix tiada gula. Kalau ada pun dari tumbuh-tumbuhan yang digunakan sebagai bahan membuat Vivix macam Anggur Muscadine. Rasa Vivix pun taklah manis sangat, ada juga rasa masam dan kelat.

Vivix ini akan membantu menstabilkan gula dalam darah. Keunikan Vivix ini pula, ia boleh bertindak sampai ke tahap sel. Bila sudah kena kencing manis, ini bermakna sel-sel badan lemah. Lemah sebab apa Ayah tanya?

Lemah akibat penuaan. Kalau makan sepinggan nasi, semua tukar jadi tenaga. Sekarang makan sepinggan, tapi suku je tukar jadi tenaga. Selebihnya berkumpul dalam darah buat gula dalam darah tinggi.

Jadi bila ambil Vivix, ia dapat tingkatkan kembali kebolehan badan proses gula menjadi tenaga. Ohhhhhhh….jawab Ayah. Macam mana Ayah tahu semua ni?

Sudah kerja Ayang…nak menjual suplemen Vivix kena belajar dan faham tentang kencing manis. Barulah mudah terangkan pada prospek.

Oklah lepas ini Ayah makan Vivix hari-hari. Ayang jangan risau.

Lega hati saya bukan kepalang, terima kasih Allah fahamkan Ayah dan lembutkan hatinya untuk makan Vivix. Sebelum meletakkan telefon, Ayah pesan supaya belikan satu lagi botol Vivix untuknya.

Ayah Tak Payah Makan Ubat Kencing Manis

2 minggu kemudian, seperti yang telah diatur Ayah berjumpa kembali dengan doktornya. Alhamdulilah, gula Ayah sudah jadi normal, 5. Doktor kata teruskan apa saja Ayah buat dan jaga makan. Ubat kencing manis tak perlu ambil. Gembira betul hati Ayah.

Kira-kira 3 bulan sudah Ayah makan nasi sesenduk, air manis pun tak minum. Vivix pun hari-hari Ayah makan. Berat Ayah pun turun, dari 73kg jadi 60kg saja. Nampak lagi muda pula….Ayah kata badannya pun makin bertenaga, berbeza dengan dahulu masa badannya gemuk.

Ceria betul dia apabila menceritakan kisah berat badannya masa kami bertemu di Syawal baru ini.

Syukurlah saya dapat berikan Vivix untuk orang yang saya sayangi. Inilah secebis bakti yang boleh saya berikan buat Ibu dan Ayah. Moga mereka terus kekal sihat dan bahagia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *