Bisnes Shaklee: 3 Modal Sebenar Yang Mesti Ada

Anda mahu mulakan bisnes Shaklee, tetapi masih tidak pasti apakah modal sebenar yang diperlukan?

Nah inilah jawapannya. Sebenarnya terdapat 3 (tiga) jenis modal yang anda perlu ada. Sebab kalau tidak ada salah satu dari 3 perkara yang akan saya kongsikan nanti. Mungkin akan pincanglah bisnes Shaklee anda nanti.

…….apatah lagi kalau tidak ada modal yang ketiga. Parah!

Bentuk Bisnes Shaklee Ikut Kapasiti dan Kebebasan

Modal Pertama: Jadi ahli baru boleh buat bisnes Shaklee

Ini adalah modal yang kalau anda tak dapat cari atau buat. Akan memberikan kesan buruk pada pendapatan yang bakal diterima.

Shaklee memberikan komisen dari 5% hingga 21% dari jumlah jualan. Tapi kalau anda tak buat yang satu ini. Habuk pun anda tak dapat.

Nak tahu apa? Iaitu modal untuk jadi ahli Shaklee. Setiap pengedar Shaklee, kita perlulah daftarkan keahlian. Yurannya hanya RM65 sahaja. Setiap tahun perlu diperbaharui dengan bayaran RM30.

Apa yang bestnya RM30 itu, kita akan dapat semula dalam bentuk voucher. Jadi untung-untung.

Dapat apa selepas bayar yuran keahlian?

Sudah tentulah yang pertama anda akan mempunyai nombor keahlian. Dan anda akan menerima satu pas istimewa yang membolehkan anda log in ke website Shaklee yang sungguh versatil ini.

Website ini dibina khas untuk hanya pengedar Shaklee yang berdaftar. Nama website ini adalah http://shaklee2u.com.my

Segala perkara yang anda perlukan untuk mulakan dan uruskan bisnes ada di dalam ini. Termasuklah melihat jumlah bonus bulanan secara (real time). Aktiviti ‘tracking’ barang pelanggan juga boleh dibuat di dalam website ini. Eh tak perlu pos sendiri ke pesanan pelanggan?

Inilah cantiknya bisnes Shaklee. Kita tak perlu beli stok dan simpan.
Bila pelanggan sudah pasti nak buat belian dan masukkan duit ke akaun kita. Barulah kita belikan secara online di dalam Shaklee2u.com.my

Apa yang lebih bagusnya lagi, Shaklee akan bungkus dan hantarkan pada pelanggan. Segala risiko barang rosak atau tidak sampai semuanya ditanggung 100% oleh Shaklee.

….jadi kita tak perlu risau apa-apa.

Bisnes Shaklee ini amat sesuai untuk anda yang tak punyai banyak masa untuk beratur di Pejabat Pos. Jadi masa ini boleh gantikan dengan fokus pada cara mempromosikan barangan Shaklee seperti Vivix.

Modal Kedua: Gajet

Bisnes Shaklee ini boleh lakukan secara offline dan online. Mahu buat salah satu boleh, nak buat dua-dua sekali pun boleh.

Jika anda mahu lakukannya secara online, modal kedua yang anda perlu ada adalah;

  • akaun media sosial FB, IG & lain-lain yang bersesuaian
  • telefon pintar atau komputer atau laptop atau tablet
  • sambungan ke wifi atau talian Internet

Rasanya ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan telahpun anda miliki bukan? Macam tak logik pula kalau tiada.

Kalau anda sertai team Empire Glory, saya akan ajar untuk anda set up pantas akaun media sosial. Tidak sampai 24 jam anda sudah boleh mulakan bisnes Shaklee secara online.

bisnes shaklee

Begitu juga jika anda memilih untuk lakukan secara offline, saya akan berikan sesi ‘coaching’ khusus. Barulah mudah untuk jalankan bisnes.

Modal Ketiga: WAJIB ada untuk berjaya

Modal ini, jika tiada. Maknanya anda bakal gagal walaupun bisnes belum dimulakan.

Ada dua perkara, pertama kesabaran dan kedua konsisten.

Kenapa sabar? Bisnes Shaklee ini bukan skim cepat kaya ataupun bisnes yang menabur janji-janji manis. Masuk hari ini, lagi sebulan dapat RM2000.

Bisnes Shaklee seperti menanam pokok durian. Awalnya perlu disemai, kemudian perlu dijaga, disiram dan dibaja untuk satu tempoh. Hanya selepas itu barulah kite menikmati hasilnya.

Tengok sajalah pekebun durian dan pemilik-pemilk dusun durian. Mereka seolah-olah  menerima durian runtuh, buah durian menjadi.  Tidak sia-sia usaha mereka selama hari ini.

Kejayaan bukan datang kerana satu perkara hebat yang kita buat. Tapi kejayaan adalah hasil dari rutin atau ritual yang kita lakukan setiap hari tanpa gagal.

Tony Robins

Contohnya jika kita mahu kuruskan badan, apakah dengan makan sayur sebakul hari ini esoknya kita sudah kurus. Tentulah tidak.

Berbulan-bulan kita jaga makan, buat senaman dan tidur cukup. Barulah kita berjaya. Konsep ini sama saja dengan bisnes Shaklee yang hendak dimulakan ini.

Oleh itu, jika anda ada ketiga-tiga modal yang saya sebutkan di atas tadi mulakanlah bisnes Shaklee secepat mungkin. Lebih pantas kita bermula, lebih cepat kita menuai hasil.

Anda sudah bersedia dan mahu sertai saya di Empire Glory? Jom WA/SMS saya di 0167731892.

One Reply to “Bisnes Shaklee: 3 Modal Sebenar Yang Mesti Ada”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *