Bisnes Online Tanpa Modal Untuk Mak Yang Nak Kerja Dari Rumah

Bisnes online tanpa modal ini adalah bisnes yang sesuai untuk mak-mak yang masih bekerja, tapi mempunyai impian untuk berkerja sendiri dari rumah.

Bisnes online yang saya mahu ceritakan ini bukanlah menggunakan FB, IG ataupun Twitter. Bisnes online ini menggunakan blog sebagai medium promosi dan pemasaran.

Melalui pengalaman saya sendiri, terdapat beberapa kelebihan blog untuk mak-mak bekerja tapi dalam masa yang sama nak buat bisnes. Antaranya;

  • Tidak perlu menghadap HP atau komputer 24 jam. Saya faham benar kesibukan mak-mak. Hanya luangkan masa 30-45 minit sehari untuk menulis artikel di blog.
  • Pelanggan tetap datang, walaupun tidak menaikkan artikel baru di blog.
  • Menulis artikel di blog seumpama terapi setelah sibuk dengan urusan pejabat dan rumah.

Blog Senjata Ampuh Untuk Berniaga Online

Infografik di bawah telah menjelaskan kenapa blog adalah medium paling ‘reliable’ untuk memulakan bisnes online.

bisnes online tanpa modal

“Memulakan bisnes online tanpa modal adalah sesuatu yang teramat mudah hari ini”

Irfan Khairi

Tapi Bisnes Online Tanpa Modal Yang Mana Patut Dipilih? Dan Apa Pilihan Yang Ada?

Bisnes Online Melalui Blog

Sebelum memulakan bisnes online tanpa modal menggunakan blog. Ada satu perkara WAJIB yang perlu dibuat.

Sebabnya kalau tidak buat yang ini maka bisnes ini tidak akan pernah berjaya. Nak tahu apa?

Anda wajib membina blog. Terdapat dua pilihan platform, samaada blogspot.com atau wordpress.com. Kedua-duanya percuma, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Anda boleh pilih mengikut keselesaan.

Ok blog sudah ada, kemudian apa yang perlu dilakukan untuk menjana duit dari blog? Anda mesti sudah tidak sabar-sabar nak tahu kan….

Mari saya kongsikan pilihan bisnes online tanpa modal yang ada;

  1. Menjual produk
  2. Menawarkan perkhidmatan
  3. Servis review produk
  4. Iklan
  5. Affiliate Marketing

1. Menjual Produk

Menjual produk orang lain. Ini selalu di sarankan oleh sifu-sifu bisnes seperti Azizan Osman.

Ini kerana modalnya rendah. Dan ada yang tidak perlukan modal pun.

Tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum menjual produk orang lain di blog;

1- Kualiti produk tersebut. Pastikan ianya bukan produk sampah. Shaklee ini berasal dari US.

Setiap produknya dibangunkan oleh saintis-saintis (in house). Dan telah menjalani beratus ujian klinikal bagi memastikan produknya 100% berkesan, selamat dan mesra alam.

Antara produk Shaklee yang paling laris adalah Vivix.

2- Prestasi syarikat. Sudah berapa lama ia berada di pasaran? Lebih lama, bermakna lebih kukuh syarikat tersebut.

Seperti Shaklee, telah berada di pasaran Malaysia lebih dari 50 tahun.

3- Bayaran komisen atau bonus. Shaklee membayar setinggi 21% komisen dari hasil jualan. Ia adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat makanan kesihatan yang lain.

Bagaimana Nak Mula Jual Produk Shaklee?

Anda hanya perlu menjadi seorang pengedar Shaklee yang berdaftar. Hanya buat bayaran keahlian sebanyak RM65.00 sahaja.

Kemudian, dalam masa kurang dari 24 jam anda sudah boleh mula membuat jualan dari blog. Nak tahu bagaimana? Anda boleh WA/SMS saya di 0167731892.

2. Servis Perkhidmatan

Ini bersesuaian jika anda memiliki kepakaran tertentu. Sebagai contoh menjadi Coach Fitness.

Anda akan membantu orang ramai menurunkan berat badan dan hidup lebih aktif.

Anda boleh menggunakan blog sebagai ruang promosi secara soft sell atau hard sell.

Atau mungkin anda boleh membuat kek?

3. Review Produk

Anda akan menerima produk dari pemilik produk. Sebagai contoh krim kempiskan perut.

Kemudian anda akan mencuba produk tadi. Dan tuliskanlah apa ulasan anda mengenai krim tadi.

Sebagai ganjaran anda akan menerima bayaran dari pemilik produk. Berapa? Itu bergantung kepada pemilik produk dan persetujuan anda.

4. Iklan

Ada dua pilihan, samaada anda menawarkan ruang untuk pengiklanan.

Berapa bayaran sewa? Ini anda yang akan tentukan sendiri.

Atau anda sertai mana-mana advertising network. Sebagai contoh Google Adsense. Tapi ada beberapa terma syarat yang perlu dipatuhi sebelum anda menerima bayaran.

5. Affiliate Marketing

Affiliate marketing, ia adalah salah satu cara memasarkan dan mempromosikan satu-satu produk.

Jika anda sertai program affiliate, anda akan menjadi orang tengah (agen). Kerja yang perlu lakukan adalah mempromosikan produk orang lain menggunakan link affiliate.

Bagaimana dapat duit? Jika pembeli klik dan membeli produk tersebut, anda akan menerima komisen.

Membina blog dan menghasilkan duit dari blog seperti menanam pokok. Kerana ia bukanlah skim cepat kaya. Bina blog dan terus dapat duit.

Sungguh tiada jalan pintas untuk kaya dan berjaya.

Jika anda konsisten, InsyaAllah dalam masa 3-6 bulan anda akan menerima hasilnya.

Tidak tahu bagaimana nak mula membina blog? Tak pasti nak pilih cara mana satu untuk buat duit menggunakan blog?

Saya boleh bantu dengan mengongsikan pengalaman saya berblog selama lebih 7 tahun ini.

Terus WA/SMS saya di 0167731892.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *