Senaman Pesakit Kencing Manis, Mudah & Tak Membebankan

Bila sebut senaman mesti rasa susahnya. Macam kena hempap batu. Tapi persepsi ini mesti berubah lepas baca idea senaman pesakit kencing manis ini.

Bersenam tetapi masih tak bersenam. Apa yang penting kalori terbakar dan gula dapat bertukar jadi tenaga. Barulah badan rasa lebih sihat.

7 Idea Senaman Pesakit Kencing Manis

senaman pesakit kencing manis

1. Regangan

Regangkan badan pun satu senaman juga tau. Nampak mudah, tapi banyak kebaikannya.

Membantu melancarkan perjalanan darah, meningkatkan mood dan mengelakkan daru berlaku kecederaan.

Paling menyeronokkan adalah, ianya boleh dibuat dimana-mana saja dan pada bila-bila masa saja. Sambil-sambil buat kerja di pejabat pun boleh.

Tapi jangan over sangat, nanti tergolek pula. Orang kata slow and steady.

2. Berjalan

Apa kata kalau sebelum ini nak pergi kedai dekat rumah bawa kereta, tukar kepada jalan kaki.

Ataupun semasa mahu makan tengah hari, pilihlah kedai makan yang jaraknya dalam 1-3km. Dan berjalanlah.

3. Tegangkan Otot

Tiada masa nak ke gim? Tak ada masalah. Anda boleh lakukan senaman pesakit kencing manis ini walaupun sedang duduk berehat.

Tegangkan otot. Sebagai contoh, tegangkan otot perut selama 3-10 saat. Buat sebanyak 4 kali.

Caranya duduk tegak dan tarik nafas sambil tarik perut ke dalam. Buat kiraan 3-10 saat.

Orang sebelah pun tak perasan yang kita sedang bersenam.

4. Diskusi Sambil Berjalan

Perlukan 30 minit untuk berdiskusi? Jom buat kelainan, ajak rakan sekerja untuk berbincang sambil berjalan.

Nampak pelik bukan? Tapi tak bermakna ianya bukan sesuatu yang tak boleh dilakukan.

Solusi tercapai, kalori pun terbakar.

5. Naik Tangga

Tahu atau tidak orang yang berat sekitar 70kg akan membakar 10 kalori dengan menaiki tangga selama 1 minit. Berbanding kalau naik lif, hanya 1.5 kalori sahaja yang terbakar.

Ayuh cabar diri gunakan tangga.

Tak payah cabar diri nak naik sampai 30 tingkat, cukup satu atau dua tingkat dahulu sebagai permulaan.

Kemudian tambahlah sedikit demi sedikit.

6. Pilih Tempat Letak Kereta Yang Jauh

Niatkan dalam hati supaya dengan sengaja letakkan kereta di tempat letak kereta yang jauh bangunan yang hendak dituju.

Lebih jauh bermakna, lebih lama anda akan berjalan. Tanpa disedari anda sudahpun melakukan senaman.

Saya suka benar idea senaman pesakit kencing manis yang ini.

7. Lakukan Kerja-kerja Rumah

Serampang dua mata, anda telah bersenam dan rumah pun bersih.

Kerja rumah nampak remeh, tapi sebenarnya ia boleh menjadi satu senaman. Cuba anda vakum dan mop satu rumah, pasti berjurai-jurai peluh yang keluar.

Bak slogan Nike ‘Just Do It’, bangun dan mulakan senaman-senaman ini.

Jom bersenam tanpa senaman.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *