Teknik Close Sale, Tangani Bantahan Harga

Teknik close sale adalah satu teknik penting yang perlu dikuasi oleh peniaga. Baik online mahupun offline.

Sejak dahulu lagi harga barang adalah satu masalah kepada semua orang. Namun, anda percaya bukan kalau saya katakan bahawa orang membeli barang atau tidak bukanlah disebabkan harga. Betul?

Sebagai penjual, anda pasti sudah terbiasa dengan bantahan harga. Sebagai contoh apabila prospek bertanya tentang harga Vivix. Kemudian dengan pantasnya saya akan menjawab harga Vivix RM475.00 puan/tuan.

Agaknya apa jawapan atau respon yang saya terima selepas itu?

“Oh, ok….”
“Nanti saya tanya dengan suami saya dulu ya”
Ada satu lagi jawapan popular “Mahalnya…saya tak naklah”.

Aduh bagai ditampar muka rasanya. Penolakan memang menyeksakan, tetapi bila semakin lama berniaga saya sudah terbiasa.

Dan sebenarnya saya banyak belajar dari penolakan-penolakan ini.

Ok, kembali ke tajuk asal teknik close untuk elakkan bantahan harga.

Setelah membaca buku Brian Tracy, coaching dari mentor bisnes Shaklee dan pengalaman. Rupanya ada cara untuk elak penolakan dan bantahan harga ini.

Bagaimana?

Teknik Close Sale Bergaya

Anda tentu mahu kuncikan sales bukan? Oleh itu, apabila prospek bertanya harga simpan dahulu jawapan.

Sebaliknya jawab dengan sesuatu yang lebih bergaya. Contohnya;

“Bagus soalan tuan! Saya yakin tuan pasti boleh membelinya. Tetapi saya perlu tahu dahulu kenapa tuan nak beli XYZ ya?”.

Ketika ini prospek akan memberitahu masalah yang beliau sedang hadapi. Sebagai penjual, saya mesti menjadi pendengar yang setia.

Jika perlu saya akan terus bertanya soalan lagi. Ini supaya perbualan dapat dihidupkan. Tunjukkan rasa empati terhadap beliau.

Kemudian, apabila segala keterangan telah diperolehi barulah mula ceritakan kebaikan dan manfaat produk yang ditawarkan. Serta testimoni untuk menambah keyakinannya.

Dan akhir sekali, nyatakan harga produk yang sebenar tanpa menilai prospek tidak akan membeli. Sebaliknya, semasa bersoal jawab dengan prospek bayangkan bahawa beliau bersetuju untuk membeli.

Perkara positif, akan menarik yang positif juga. Begitulah sebaliknya.

Sebagai penjual saya sudah buat yang terbaik. Prospek membeli atau tidak, ianya berbalik semula kepada rezeki.

Bonus besar jika prospek membeli. Tetapi jika tidak, setidak-tidaknya sekarang saya sudah ada nombor telefon untuk dimasukkan ke dalam database prospek.

Bolehlah saya hubunginya lagi.

Kata kunci, gagal sekali bukan gagal selamanya. Teruskan melatih teknik close sale bergaya ini.

teknik close sale
Teknik-teknik lebih bergaya untuk close deal dengan prospek

One Reply to “Teknik Close Sale, Tangani Bantahan Harga”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *