Sayuran Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Menstabilkan Bacaan Gula

Tahu atau tidak ada jenis sayuran untuk pesakit kencing manis yang boleh menstabilkan bacaan gula. Dan sebaliknya.

Oleh itu sangat penting pesakit atau ahli keluarga kenali sayur-sayuran yang boleh diambil dan tidak boleh.

Kunci bagi menjamin kesihatan pesakit kencing manis adalah pengurusan penyakit yang baik. Makanan pun termasuk salah satu perkara yang penting.

3 Ciri-Ciri Baik Sayuran Untuk Pesakit Kencing Manis

1. Rendah Bacaan GI

Glisemik indeks (GI) merujuk kepada berapa cepat makanan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

Kentang adalah contoh sayuran tinggi GI. Ianya tidak boleh diamalkan oleh pesakit kencing manis.

Pilih sayuran rendah GI seperti sayuran-sayuran hijau. Contohnya sawi, brokoli atau bayam.

Tambahkan juga sayuran berwarna lain seperti lobak, terung, kobis bunga dan lain-lain lagi.

Asalkan GI rendah atau sederhana anda bebas untuk makan. Kenyangkan perut dengan sayuran, bukan dengan nasi ataupun roti (karbohidrat).

2- Berserat Tinggi

Kenapa perlu berserat tinggi? Ini kerana serat yang tinggi membantu mengawal gula di dalam darah.

Biasanya sayuran yang berdaun hijau mengandungi serat tinggi.

Selain itu sayuran jenis ini akan memberikan rasa kenyang. Dan membantu mendapatkan paras kolestrol yang sihat, menurunkan tekanan darah dan mengelakkan sembelit.

3- Kaya Nitrat

Contoh sayuran yang mengandungi nitrat tinggi adalah saleri, ubi bit dan salad.

Nitrat adalah sejenis mineral yang diperlukan untuk pesakit mengekalkan bacaan gula yang sihat.

Sesetengah nitrit mencapai usus kecil dan mungkin mempunyai kesan yang sama pada aliran darah seperti di perut. Ini sangat penting kerana usus kecil yang melepaskan hormon yang disebut incretins.
Hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal gula darah setiap kali kita makan. Ia juga mengawal pelepasan insulin dan kepekaan badan terhadap insulin.

sumber: https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT02195856

Besar betul peranan nitrat buat pesakit kencing manis.

sayuran untuk pesakit kencing manis

Hidup adalah tentang pilihan. Walaupun sudah terkena penyakit kronik ini, ia bukanlah penamat kepada segalanya.

Sebaliknya ia mungkin satu hikmah untuk pesakit mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Makanlah dengan betul sayuran untuk pesakit kencing manis. Supaya bacaan gula sentiasa stabil dan mengelakkan dari terkena komplikasi sakit kronik ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *