Buat Keputusan Yang Bijak, Tapi Bagaimana?

Celik sahaja mata kita sudah dihadapkan untuk buat keputusan yang bijak. Tapi macam mana nak buat keputusan supaya hidup semakin berjaya dan bahagia?

Setiap keputusan yang telah dibuat datang bersama kesan yang bakal berlaku dalam hidup. Sebagai contoh, pilih terus bangun tidur. Anda akan sampai awal di tempat kerja, dan kemungkinan disebabkan ini anda bakal dinaikkan pangkat.

Begitulah sebaliknya, tidur lagi sikit dan akhirnya kesiangan. Lewat masuk pejabat dan dibenci oleh bos.

Adakala keputusan mudah dibuat, namun seringkali ianya sukar. Terlalu sukar sampai tidak boleh buat keputusan.

Jadi bagaimana untuk buat keputusan yang bijak?

5 Tips Buat Keputusan Yang Bijak

buat keputusan yang bijak

Tidak mungkin setiap kali diberi pilihan kita berjaya membuat keputusan yang bijak.

Kita manusia biasa yang tiada kebolehan melihat masa hadapan. Tetapi itu bukanlah alasan untuk berhenti buat keputusan dan ikut sahaja arus.

1. Kuasa Besar Membuat Keputusan

Tindakan membuat keputusan adalah satu alat untuk mengubah kehidupan.

Beranilah untuk membuat keputusan.

2. Komitmen

Letakkan komitmen atas apa yang sudah kita pilih. Usah fikirkan bagaimana atau apa yang harus dilakukan terlampau lama.

Orang yang berjaya adalah mereka yang lebih banyak dan pantas membuat keputusan.

3. Kerap Membuat Keputusan

Kerap berlatih mencipta ketepatan. Setelah sekian lama berlatih, keputusan menjadi semakin bijak.

4. Belajar dari Keputusan

Langit tidak selalu cerah, begitu juga dengan keputusan yang telah dipilih.

Berlapang dadalah jika satu-satu keputusan yang dibuat itu gagal. Pasti ada hikmah disebaliknya. Renung dan belajarlah.

Ini akan menjadikan kita seseorang yang mampu buat keputusan yang bijak di masa mendatang

5. Kekal Komited Tetapi Ubah Cara

Apa pun yang terjadi tahun 2020 aku mesti ada duit simpanan 1 juta. Contoh satu keputusan yang telah dibuat.

Penat simpan duit gaji, hujung bulan mesti terpaksa keluar. Habis macam nak capai 1 juta? Ke tukar jelah, cukuplah buat simpanan 1 ribu.

Kekalkan komitmen untuk 1 juta. Tetapi ubah cara untuk mendapatkannya.

Selain dari kumpul duit gaji, apa kata mula untuk berniaga. Pilih perniagaan yang mudah seperti menjana duit dari blog.

Bukankah orang kata ada seribu satu macam cara untuk berjaya?

One Reply to “Buat Keputusan Yang Bijak, Tapi Bagaimana?”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *