HHS Diabetes, Komplikasinya Mengancam Nyawa

HHS Diabetes atau dikenali sebagai Hyperglycemic Hyperosmolar Syndrome. Ia adalah satu komplikasi yang boleh mengancam nyawa pesakit kencing manis.

Keadaan ini boleh terjadi apabila diabetes tidak dikawal. Malah ada juga yang mengalami komplikasi ini tanpa didiagnosis.

Risiko HHS diabetes ini boleh meningkat jika seseorang pesakit itu tidak  mengawasi kadar gula dalam darah, sakit atau mendapat jangkitan kuman.

hhs diabetes

Bagaimana HHS Diabetes Terjadi?

Pada saat gula dalam darah terlampau tinggi, buah pinggang akan cuba mengeluarkan lebihan gula melalui air kencing.

Tetapi jika anda tidak mendapat cairan yang cukup bagi mengantikan air yang keluar ia akan meningkatkan kepekatan gula dalam darah.

Keadaan ini disebut sebagai hiperosmolaritis. Darah yang terlalu pekat ini akan menarik air dari pelbagai organ di dalam badan, termasuk otak.

Simptom-simptom HHS Diabetes

Pesakit kencing manis jenis II berisiko tinggi mengalami masalah ini.
Ia akan semakin kronik secara perlahan-lahan. Berhari-hari hingga bermingu-minggu.

Oleh itu penting untuk mengenali simptomnya seperti;

  • rasa haus yang berlebihan
  • peningkatan jumlah air kencing
  • mulut kering
  • lemah
  • mengantuk
  • demam
  • mual
  • muntah
  • turun berat badan
  • kekejangan kaki
  • kurang daya penglihatan
  • gangguan ketika bercakap
  • gangguan fungsi otot
  • bingung
  • halusinasi

Jika anda mengalami beberapa tanda di atas segeralah dapatkan rawatan di hospital.

HHS Diabetes Mengancam Nyawa

Simptom-simptom awal harus ditangani dengan segera. Jika tidak ia boleh mengundang keadaa yang lebih kronik seperti;

  • dehidrasi
  • pembuluh darah tersumbat
  • kekejangan
  • serangan jantung
  • strok
  • pembengkakan otak
  • peningkatan asid dalam badan
  • koma

Cara Merawat HHS

HHS adalah satu keadaan yang memerlukan tindakan segera. Berikut adalah yang boleh dilakukan terhadao pesakit;

  • memasukkan cecair dalam jumlah yang banyak melalui infus
  • memberikan insulin untuk menurunkan dan menstabilkan gula dalam darah
  • memberikan elektrolit seperti kalium, fosfat atau natrium bagi mengembalikab fungsi sel dalam badan
  • merawat komplikasi yang telah berlaku

Cara Pencegahan HHS Diabetes

Mencegah itu lebih baik dari merawat. 

Perkara paling penting untuk dilakukan adalah mengawal gula dalam darah. Beberapa langkah-langkah lain yang turut boleh dibuat adalah;

  • mengawasi dan mengambil tindakan tehadap gejala awal
  • memeriksa kadar gula dalam darah secara berkala
  • mengambil ubat dengan teratur
  • menjaga kesihatan 
  • melakukan senaman secara berkala
  • mengambil suplemen yang boleh meningkatkan kesihatan seperti Vivix
  • jika tinggal bersendirian pastikan anda mempunyai jiran atau saudara untuk dihubungi ketika darurat
  • berjumpa doktor mengikut jadual yang sudah ditetapkan
  • segera ke doktor jika anda mengalami tanda-tanda HHS 

Rujukan: hellosehat.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *