Panas Hati Dengan Gambar Instagram Neelofa Bercuti di The Muraka

Semalam penuh FB saya dengan perkongsian gambar Instagram Neelofa bercuti di The Muraka, Maldives.

The Muraka ini adalah hotel di dalam air yang pertama di dunia. Harga satu malam untuk menikmati tidur bersama-sama ikan di lautan ini adalah RM20,000.00.

Wow bukan?

Ada yang kata Neelofa ditaja. Tapi saya rasa dengan statusnya sebagai usahawan berjaya, dia lebih dari mampu.

Dan kalaupun dia ditaja. She is the chosen one. Mestilah The Muraka hanya taja mereka yang benar-benar ada kelas seperti Neelofa. Barulah ada pulangan.

Ramai yang kagum dan memuji kecantikan tempat percutian mewah itu. Namun ramai juga yang mengecam. Sampaikan topi yang dipakai dalam gambar Instagram Neelofa itupun dijadikan bahan jenaka.

Anda rasa Neelofa tu ada masa ke nak baca komen-komen tu semua? Baca dengan nada iklan Panadol yang ada cik kak tu lari-lari uruskan majlis kawan baik dia.

Lagi baik dia menikmati setiap detik indah duduk di dalam air bersama ikan-ikan yang comel-comel itu.

Seseorang pernah beritahu kepada saya satu rahsia untuk kaya dan berjaya. Katanya kita mestilah buang rasa iri hati apabila melihat kejayaan orang lain.

Sebaliknya, kita perlu mendoakan orang tersebut supaya semakin kaya dan berjaya. Tatkala kita mendoakan orang lain, ia juga sebenarnya adalah satu doa untuk diri kita sendiri.

Sebab itulah orang selalu kata doakan yang baik-baik saja.

Mana tahu satu hari nanti, kita pun mampu untuk bermalam sehari dua di The Muraka. Atau penginapan mewah impian kita.

Lepas tu nanti barulah boleh bandingkan pose kita dengan gambar Instagram Neelofa. Ok?

Keep on dreaming, sooner or later it will become reality.

2 Replies to “Panas Hati Dengan Gambar Instagram Neelofa Bercuti di The Muraka”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *