Menonton TV Punca Kencing Manis, Ye Ke?

Tengok tv pun boleh jadi punca kencing manis, betul ke ni?

Dr Frank Hu daripada Harvard School menyatakan;

“Setiap 2 jam masa menonton tv, ianya akan meningkatkan risiko terkena kencing manis sebanyak 20%”.

Bayangkan kalau kita menonton tv berjam-jam lamanya. Makin tinggilah risiko untuk terkena penyakit bahaya ini.

Secara logiknya, ketika kita menonton tv tubuh badan kita menjadi tidak aktif. Biasanya kita hanya akan duduk sehingga cerita tamat.

Jarang sekali kita lihat orang menonton tv sambil berjalan-jalan bukan?

punca kencing manis

Tips Elak Menonton TV Sebagai Punca Kencing Manis

Agak mustahil kalau kita terus boikot diri dari menonton tv. Jadi ini ada beberapa tips yang boleh dilakukan supaya kita tidak duduk di tempat yang sama berjam-jam lama.

  1. Setiap kali iklan ditayangkan, bangun dan berjalan-jalan sebentar hingga iklan tamat.
  2. Elakkan dari membawa makanan seperti snek ketika menonton tv.
  3. Buat kerja lain sambil menonton tv. Seperti melipat kain atau membersihkan rumah.

3 Lagi Punca Lain Yang Orang Tak Perasan

1. Habit Tidur

Menurut Cleveland Clinic Journal of Medicine, kurang tidur atau tidur yang terganggu boleh meningkatkan risiko terjadinya penyakit kencing manis.

Kurang tidur ini akan mengganggu metabolisma glukos, paras hormon dan juga aktiviti sistem saraf autonomi. Gangguan ini menyebabkan peningkatan risiko sakit kencing manis.

2. Toksin dan Ubat-ubatan

Terdapat jenis bahan kimia dan toksin yang dikaitkan dengan penyakit kronik ini. Ianya seperti dioxin, arsenic dan bahan kimia di dalam racun tikus.

Ubat untuk sawan, masalah gangguan mental dan diuretik antara ubat yang dikatakan boleh menjadi punca penyakit ini.

3. Tidak Aktif

Menurut National Diabetes Information Clearinghouse, melakukan aktiviti fizikal boleh menurunkan risiko kencing manis jenis 2.

Oleh itu, elakkan diri dari tidak aktif. Bergerak aktif bukan hanya ketika bersenam. Malah dalam urusan harian yang lain juga. Seperti panjat tangga bukan gunakan lif.

2 Replies to “Menonton TV Punca Kencing Manis, Ye Ke?”

  1. Perkongsian yg bagus ni.. mmg klu bnyk menonton tv boleh buat jadi malas dan nak mengunyah klu tonton cerita sedap. Kdg2 tu, tv yg tengok kita hehe. Thanks sharing.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *