Diet Pesakit Diabetes: Mitos atau Fakta ?

Biasanya apabila seseorang telah disahkan ada diabetes, mesti mereka disuruh untuk ikut diet pesakit diabetes. Betul ke ada diet khusus, atau sekadar mitos?

Diet Pesakit Diabetes: Fakta atau Auta?

Mitos Nombor 1: Pesakit kencing manis WAJIB ikut diet khusus diabetes

Faktanya:

Sebenarnya tiada diet yang khusus atau standard untuk pesakit. Apa yang penting adalah memastikan gula dalam darah stabil.

Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti roti dan nasi). Tambah pengambilan sayuran hijau dan protein yang baik.

Mitos Nombor 2: Makanan “bebas gula”adalah yang terbaik.

Faktanya:

Elakkan dari mudah terpengaruh dengan iklan atau pembalut makanan yang ada tulisan “bebas gula”. Ini kerana ianya mungkin tiada beza, malah lebih teruk dari makanan yang biasa.

Ya memang makanan “bebas gula” secara teknikalnya tidak menggunakan gula. Tetapi anda mesti ambil tahu apa yang pengeluar gunakan bagi menggantikannya.

Bagaimana nak tahu? Caranya adalah dengan membaca label nutrisi pada pembalut makanan.

Jika ada pemanis seperti sorbitol, mannitol dan xylitol sebaiknya elakkan. Kerana ia mungkin menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Jalan terbaik pilih makanan segar berbanding makanan yang telah diproses.

diet pesakit diabetes

Mitos Nombor 3: Pesakit diabetes tidak boleh makan manis

Faktanya:

Walaupun ada diabetes, anda tetap boleh makan kek, aiskrim dan makanan manis yang lain.

Cuma ada hadnya. Makan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Boleh jadi gila tau, bila semua makanan sedap pun tak boleh makankan?

Bukan setiap hari, pilih satu makanan manis yang paling diinginkan. Hadiahkan kepada diri sendiri di atas kejayaan patuh pada ‘meal plan’yang sihat.

Mitos Nombor 4: Jangan makan kentang

Faktanya:

Iya betul, kentang antara tumbuhan yang banyak kanji. Tapi tidaklah sampai tak boleh makan langsung.

It’s all about limit. Makan mengikut portion yang betul, itu saja. Sama seperti nasi, portion yang betul adalah sebesar genggaman tangan anda.

Jika mahu pilihan yang lebih baik, gantikan dengan keledek. Ianya mengandungi nutrisi yang lebih tinggi berbanding kentang.

Mitos Nombor 5: Kalau sudah ada kencing manis, mesti nanti kena potong kaki

Faktanya:

Ya betul, kencing manis memang boleh menyebabkan komplikasi saraf kaki rosak teruk sampai kena potong. Tetapi jika pesakit berjaya uruskan penyakitnya dengan baik, komplikasi yang mengerikan ini tidak akan terjadi.

Ikuti diet pesakit diabetes yang bersesuaian supaya gula terkawal. Lakukan senaman ringan secara berkala dan jika anda merokok, berhentilah.

Selain itu, tambahkan suplemen yang baik seperti Vivix ke dalam diet harian.

Vivix ini dapat meningkatkan tahap kesihatan sel-sel yang sudah terjejas akibat diabetes. Ia juga menyeimbangkan bacaan gula. Dan apa yang lebih penting, ia mengelakkan komplikasi kencing manis seperti potong kaki dan lain-lain lagi.

One Reply to “Diet Pesakit Diabetes: Mitos atau Fakta ?”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *