Turunkan Berat Paling Relax, Makan Nasi Pun Turun 3kg Seminggu

Turunkan Berat Paling Relax, Makan Nasi Pun Turun 3kg Seminggu

Februari 27, 2019 0 By Suriya Majid

Nasi tak bersalah, kenapa boikot nasi kalau nak turunkan berat?

Kalau tahu cara yang betul, makan nasi 2-3 kali sehari pun berat boleh turun. Saya teringat seorang kawan ni, dia bertubuh besar. Terkejut saya dia berjaya turunkan berat. Saya pun risik apa yang dia buat. Rupanya dia buat diet nasi (tak makan nasi).

Getus hati saya “wow macam manalah dia bertahan hidup tanpa nasi”. Sebab saya pernah juga cuba, menggigil kepala lutut dibuatnya.

Beberapa bulan kemudian, saya sekali lagi berjumpa dia. Kali ini saya lebih terkejut, sebab badannya lebih besar dari saiz asalnya. Tak sempat saya bersuara, tiba-tiba dia kata “Tak boleh tahan dah, sekarang aku makan je nasi”. Sempat saya kerling nasi yang setambun di dalam pinggan dia.

Orang tua selalu pesan, kita kalau nak buat sesuatu tu kena bersederhana. Samalah dengan nak turunkan berat badan.

Cara Turunkan Berat Yang Sempoi, Makan Saja Nasi Tu

Nasi adalah makanan ruji kita. Sejak zaman nenek moyang kita lagi dah makan nasi. Kalau nak salahkan nasi penyebab gemuk, saya rasa ini tidak adil.

Kerana penyagak sebenar kegemukan adalah;

  • makan gula berlebihan (kek, pastri dan kuih muih)
  • minum air manis berkali-kali sehari
  • dan, makan lewat malam

Tiga-tiga inilah antara penyebab yang paling popular.

Diet Eat Clean

Korang pernah dengar istilah “Diet Eat Clean”?

turunkan berat

Ini bukan yang makan sampai licin pinggan. Tapi satu gaya diet dan cara pemakanan yang lebih sihat.

Terdapat 5 komponen penting dalam diet eat clean ini:

  1. Makan makanan yang paling hampir dengan sumber asalnya
  2. Kawalan porsi
  3. Tiada makanan segera
  4. Kurangkan minyak
  5. Selamat tinggal makanan bergula tinggi

1. Makan makanan yang paling hampir dengan sumber asalnya

Ini kerana makanan yang kurang diproses mengandungi nilai nutrisi yang tinggi. Sebagai contoh, tomato dan sos tomato cap beca mana satu yang lebih baik?

Tentulah korang akan jawab tomato kan?

Sebiji buah tomato ada beratus-ratus vitamin dan mineral, antaranya vitamin A dan C yang sangat bagus untuk kesihatan kulit. Berbeza dengan sos tomato, sudahlah zat-zat buah tomato hilang. Tinggi pula kandungan gula dan garam di dalamnya.

2. Kawalan porsi

Porsi atau selalu juga disebut sebagai ‘portion’. Ini adalah komponen penting untuk menjayakan proses menurunkan berat dengan diet eat clean.

Mungkin sebelum ini kita main belasah saja ceduk 2-3 nasi ke dalam pinggan. Tapi bila nak buat diet ni, kita perlu menyukat makanan. Termasuklah nasi.

Sebagai contoh, porsi untuk nasi adalah 1/4 pinggan bersamaan saiz satu genggaman tangan. Ukur tangan sendiri, jangan pinjam tangan Hulk atau gorilla.

Begitu juga dengan protein, hanya 1/4 pinggan. Tapi untuk sayuran, ianya bebas dan tiada had. Ambillah sebanyak mana yang kita perlukan, lebih banyak lebih kenyang.

3. Tiada makanan segera

Semua makanan segera adalah langsung tidak digalakkan. Kalau anda betul mahu turunkan berat, jangan sesekali beli makanan segera sepanjang diet eat clean.

Kenapa tak boleh?

Makanan segera adalah makanan yang paling terer membuatkan orang gemuk. Ini kerana kandungan kolestrolnya sangat tinggi. Garam pun banyak.

Kalori satu hidangan makanan segera ini boleh jadi bersamaan dengan kalori satu hari yang badan kita perlukan. Kalori yang terlebih ini bertukar menjadi sel-sel lemak, akhirnya badan pun gemuk.

4. Kurangkan minyak

Minyak seperti minyak sawit ada kebaikannya, ia mengandungi vitamin E yang mana bagus untuk kesihatan. Akan tetapi, pengambilannya perlulah dihadkan.

Jika anda memasak secara ‘stir fried’, satu sudu besar minyak masak sudah mencukupi bagi satu hidangan.

Ataupun, ubah saja cara memasak menggunakan teknik stim, bakar, grill ataupun rebus. Jadi tak perlulah anda menambah minyak yang tidak diperlukan. Lebih rendah kalori, lebih baik.

5. Selamat tinggal makanan bergula tinggi

Inilah pengorbanan yang anda perlu lakukan, ucapkan selamat tinggal kepada makanan bergula tinggi. Goodbye kek resepi rahsia, goodbye aiskrim dan goodbye kuih serimuka.

Oh usah lupakan minuman juga, goodbye frappucino dan 3 in 1.

Gula ini jahat, boleh menyebabkan kita ketagihan. Cuba lihat kalau kita makan kek, satu potong mana cukupkan? Kita akan makan sampai puas.

Cuba cabar diri untuk tinggalkan gula putih. Anda boleh rasai satu perubahan yang menakjubkan akan berlaku. Bukan saja berjaya turunkan berat, tapi you’ll feel good about yourself million times better than before. Percayalah.

Cepat Tak Berat Turun Kalau Buat Diet Eat Clean?

Apa-apa program diet, inilah soalan yang paling sering kedengaran. Berapa cepat boleh kurus?

Oh come on, nak gemuk pun makan masa bertahun-tahun. Takkan nak kurus sekelip mata, ini mustahil.

Tak penting berapa cepat kita boleh kurus, apa yang penting berapa lama sudah kita berjaya kekalkan berat badan yang sihat.

21 hari pertama diet eat clean adalah penentu kepada kejayaan anda untuk turunkan berat. Jika anda berjaya melaluinya, ia akan menjadi satu gaya hidup yang tak perlu dipaksa-paksa.

Tidak rugi berkorbon untuk diri sendiri, percayalah diri anda satu tahun akan datang pasti akan mengucapkan terima kasih jika anda mula untuk lakukan perubahan. Jadi adakah anda berani?