7 Makanan Antioksidan Untuk Lawan Radikal Bebas

7 Makanan Antioksidan Untuk Lawan Radikal Bebas

Mac 1, 2019 0 By Suriya Majid

Makanan antioksidan ini adalah sumber makanan yang kaya dengan antioksidan. Ianya sangat penting bagi mencegah kerosakan DNA yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Seperti sakit jantung, kencing manis jenis 2 dan kanser.

Radikal bebas ini seperti pencuri yang tidak cukup tenaga. Kehadiran antioksidan seperti hero yang menyelamatkan sel-sel badan terus kekal sihat.

Pengukur Makanan Antioksidan

Saintis telah menjalan pelbagai kajian bagi mengukur kandungan antioksidan dalam satu-satu makanan.

FRAP (ferric reducing ability of plasma) adalah satu pengukur antioksidan yang baik. Ianya bukan sahaja mengukur kandungan antioksidan dalam makanan. Tetapi juga boleh mengukur sejauh mana makanan ini boleh meneutralkan radikal bebas.

Semakin tinggi nilai FRAP, semakin tinggi kandungan antioksidan.

7 Makanan Antioksidan Top, Mampu Mencegah Sakit Jantung, Kencing Manis dan Kanser

1. Coklat Gelap

Menurut ujian FRAP, terdapat 15 mmol antioksidan bagi setiap 100 grams coklat gelap. Jumlah ini lebih tinggi dari buah beri biru dan raspberi.

Satu kajian telah menemukan bahawa coklat gelap ini boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Peningkatan antioksidan di dalam darah akan menyebabkan tahap kolestrol baik (HDL) meningkat dan menghalang kolestrol jahat (LDL) dari teroksidasi.

LDL yang teroksida boleh menyebabkan keradangan pada saluran darah.Seterusnya akan menaikkan risiko penyakit jantung.

2. Kacang Pecan

Kacang ini kaya dengan lemak sihat, mineral dan juga tinggi kandungan antioksidanya.

Setiap 100 grams kacang pecan, ada 10.6 mmol antioksida. Tinggi bukan? Cuma ada satu perkara yang perlu diberi perhatian, kalori kacang ini adalah tinggi.

Oleh itu, makanlah dengan berpada-pada.

3. Beri Biru

Kalau di negara kita beri biru ini ada di jual di AEON Jusco, Cold Storage dan beberapa lagi pasaraya terpilih. Harga pun boleh tahan, sebabnya ianya diimport.

Antioksidannya pun dalam kategori yang tinggi, 9.2 mmol bagi setiap 100 grams. Kalau dalam kategori sayuran dan buah-buahan, beri birulah yang paling tinggi antioksidan.

Jika mahu memelihara fungsi otak, inilah makanan antioksidan yang paling baik. Selain itu, di dalam buah ini terkandung satu lagi sumber penting, iaitu anthocyanins. Ianya baik untuk merendahkan risiko penyakit jantung, menurunkan LDL dan tekanan darah.

4. Strawberi

Buah yang paling popular dalam kalangan buah beri. Kalau di Malaysia ada dua tempat yang biasa tanam strawberi ni, satu di Cameron Highland, Pahang dan Sungai Petani, Kedah.

Oh di Kundasang, Sabah pun ada juga.

Kalau mengikut ukuran FRAP, setiap 100 grams strawberi ada 5.4 mmol antioksidan. Sama juga seperti beri biru, ia juga mengandungi anthocyanins.

Kalorinya pun rendah, jadi tidak ada masalah jika pesakit kencing manis nak makan.

5. Artichokes

Sayuran ini popular di Selatan Amerika, telah digunakan untuk perubatan sejak zaman dulu lagi. Daunnya digunakan untuk merawat masalah hati seperti jaundis.

Bukan saja kandungan antioksidan tinggi, ia juga kaya dengan fiber dan mineral penting yang baik untuk kesihatan.

Bagi 100 grams artichokes, ada 4.7 mmol antioksidan. Cuma agak sukar mendapatkan sayuran ini di negara kita.

Satu lagi keistimewaan artichokes, di dalamnya mengandungi chlorogenic acid yang membantu menurunkan risiko beberapa jenis kanser, kencing manis jenis 2 dan penyakit jantung.

Suplemen Antioksidan

Selain dari makan makanan yang kaya antioksidan, pengambilan suplemen juga masih diperlukan. Ini kerana antioksidan dalam makanan boleh berubah-ubah bergantung kepada cara pengedaliannya.

Kebanyakan makanan-makanan ini diimport dari luar negara. Apabila sampai di dapur kita, mungkin separuh dari nutrisinya telah hilang. Bahan kimia yang digunakan untuk menjaga kesegaran itu sendiri boleh mencemar kualiti satu-satu makanan.

Vivix Shaklee adalah salah satu suplemen antioksidan yang anda boleh ambil. Ianya kaya dengan resveratrol dan polyphenol, baik dan berkesan bagi melawan radikal bebas penyebab penyakit kronik.

makanan antioksidan

Hanya satu sudu kecil yang diperlukan untuk setiap hari. Mudah diambil dan rasanya juga sedap. Jika anda mahukan lebih penerangan mengenai Vivix, saya mengalu-alukan untuk terus WA saya di 0167731892.

Terima kasih atas masa anda. Jumpa lagi.