Pencuci Muka Kulit Kombinasi Ini Buat Muka Serata Lembap

Pencuci Muka Kulit Kombinasi Ini Buat Muka Serata Lembap

Mac 5, 2019 0 By Suriya Majid

Susah nak jumpa pencuci muka kulit kombinasi yang betul-betul berkesan. Tersilap guna muka yang kering makin kering berpasir. Hidung yang sudah berminyak, makin teruk pula jadinya.

Hanya orang yang berkulit kombinasi sahaja yang faham perasaan ini.

Mujurlah ada pencuci muka yang boleh hilangkan masalah kulit kombinasi ni. Kulit rasa serata bersih dan segar, seronok pegang kulit muka.

Pencuci Muka Kulit Kombinasi Jenama YOUTH?

YOUTH ini adalah set penjagaan muka yang dihasilkan dari kajian klinikal saintis dan pakar dermatologi dunia.Terbukti mereka yang telah menggunakan YOUTH mengalami perubahan positif. Kulit muka makin cantik dan sihat.

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Menggunakan YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser

1- Bersih dan Segar Serata

Inilah sebab utama, bila anda gunakan pencuci muka YOUTH ini masalah utama akan selesai.

Tiada lagi separuh kulit kering hingga menggelupas dan separuh lagi berminyak sampai asyik kena tekap dengan tisu. Kulit jadi bersih dan segar serata. YOUTH menjalankan tugasnya mengikut keperluan kulit.

Selain itu ciri bebas sabun dan pH seimbangnya membuatkan Luminous Gel Oil Cleanser adalah pencuci muka kulit kombinasi paling sesuai. Ini menjadikan ianya sesuai dipakai untuk semua jenis kulit. Terutamanya kulit kombinasi seperti anda.

2- Muka Berseri Selepas Cucian

Anda mesti suka bukan melihat wajah berseri selepas membersihkan muka? Pencuci muka yang baik boleh memberikan efek berseri yang anda selalu impikan.

Green alge yang digunakan bagi menghasilkan pencuci muka YOUTH ini bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan berkesan. Tidak lagi perlu menggunakan skrub yang biasanya kasar dan boleh menyebabkan kulit semakin teruk.

Ditambah lagi dengan vitamin C dan E, kedua-dua ini adalah sumber antioksidan. Berfungsi mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit baru yang lebih sihat, kesannya muka semakin berseri-seri.

3- Kulit Rasa Lembap Sampai Ke Malam

Pencuci muka yang kurang sesuai akan membuatkan bahagian kulit kering menjadi tegang dan pedih. Manakala bahagian yang berminyak pula semakin teruk.

Serba tak kena dibuatnya kan?

Masalah ini akan teratasi dengan penggunaan Luminous Gel Oil Cleanser.

Kandungan asid sitrik (AHA) inilah yang akan membersihkan dan mengurangkan minyak yang terdapat pada permukaan kulit.

Manakala minyak avocado pula bertindak memberikan lembapan yang secukupnya pada kulit. Ekstrak yis yang bersifat anti radang akan meredakan rasa iritasi dan pedih pada bahagian muka yang kering.

Pakai di waktu pagi, tapi masih terasa lembap sampai ke malam.

4- Membersih Sambil Merawat, Kulit Pun Makin Anjal

Toing toing! Macam kulit bayi. Ini juga adalah kesan yang anda akan rasai.

Ini kerana di dalam pencuci muka ini ada kandungan beta glucan yang merangsang penghasilan kolagen. Kulit akan semakin anjal selepas setiap cucian.

5- Hanya Guna Sedikit Untuk Efek Optimum

Bagi setiap cucian hanya picitkan gel sebesar kacang pis sahaja. Cukup 2 kali cucian sehari bagi mendapatkan efek yang dijanjikan.

Anggaran satu tiub ini bertahan untuk 2 bulan atau 60 hari. Tapi ada yang sudah guna lebih 4 bulan, satu tiub pun tak habis lagi. Jimatkan?

Terdapat satu lagi keistimewaan pencuci ini, resveratrol yang sama di dalam Vivix juga digunakan sebagai salah satu bahan penting di dalamnya. Jadi tidak hairanlah kalau Luminous Gel Oil Cleanser cepat nampak kesannya.

Resveratol ini antara bahan antioksidan yang baik. Fungsi untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel-sel, termasuklah sel kulit muka. Muka akan lebih mudah berjeragat, berkedut, kusam dan nampak tua dari usia sebenar.

Hanya sebesar kacang pis diperlukan untuk melindungi dan merawat kulit muka.

Baru Langkah Pertama Tapi Kesannya…Berbaloi!

Mencuci adalah langkah pertama bagi menjaga kecantikan dan kesihatan muka. Bayangkan hanya dengan langkah pertama saja anda sudahpun mulai merawat dan mengembalikan keanjalan kulit muka dengan penggunaan Luminous Gel Oil Cleanser ini.

Entah macam manalah hasilnya pula jika anda gunakan satu set lengkap? Pasti ketara perbezaannya.

Cukup dulu saya kongsikan tentang pencuci muka kulit kombinasi YOUTH ini. Nanti saya akan kongsikan pula tentang Perfecting Toner sebagai langkah kedua untuk mengembalikan keremajaan kulit.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, klik YOUTH untuk terus WA saya.

pencuci muka kulit kombinasi

Atau; jika mahu membuat belian secara online menggunakan debit atau kredit kad klik saja gambar di bawah.

Terima kasih atas masa yang diberikan. Jumpa lagi.