Kulit Muka Berminyak: 3 Bahan Mesti Ada Dalam Cleanser Yang Bagus

Kulit Muka Berminyak: 3 Bahan Mesti Ada Dalam Cleanser Yang Bagus

Mac 21, 2019 0 By Suriya Majid

Orang yang kulit muka berminyak ni kalau salah pakai cleanser, boleh buat muka makin berminyak.  

Lagi teruk muka boleh naik jerawat. Kulit muka jenis berminyak perlu penjagaan yang lebih rapi berbanding orang yang memiliki kulit biasa dan kering.

Sebelum beli pencuci muka seeloknya semak dulu label. Kenali bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya.

3 Bahan Mesti Ada Dalam Cleanser Kulit Muka Berminyak Yang Bagus

1- Glycerin

Ia adalah sejenis ‘skin conditioning’ agen jenis humectant. Bertindak menyerap air untuk masuk ke dalam kulit. 

Selain itu, glycerin juga berfungsi mengawal penghasilan minyak pada ‘sebacous glands’. Glands (kelenjar) inilah yang bertanggungjawab menghasilkan sebum (minyak) pada muka.

Glycerin ini berasaskan air yang membersihkan muka dan membuang sel-sel kulit mati sekaligus. Tanpa mengeringkan  muka secara berlebihan.

Selain itu, ia juga melindungi kulit muka dari bakteria dan virus yang menyebabkan kulit muka berminyak jadi lebih bermasalah. Seperti jerawat dan blackheads.

2- Tocopheryl acetate

Ini juga sejenis ‘skin conditioning’ agen. Tapi fungsinya adalah untuk mengunci lembapan kulit. 

Tocopheryl acetate ini berasaskan minyak. Eh minyak mana elok untuk kulit muka berminyak? Nanti dulu, ramai orang salah faham tentang minyak ni.

Minyak yang baik inilah yang akan menarik lebihan sebum. Dan meninggalkan minyak yang diperlukan sahaja.

Ada banyak lagi kebaikan bahan ini seperti:

  • Berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas seperti UV dan pencemaran asap.
  • Menguatkan ‘skin barrier function’ (satu lapisan pada epidermis), supaya kulit sentiasa terlindung dari kerosakan.
  • Melindungi ‘skin barrier lipid balance’. Lipid ini berfungsi untuk kekalkan hidrasi, ketegangan dan kelembutan kulit muka  dengan cara memerangkap molekul air dan menghalang air keluar melalui ‘stratum corneum’. 
  • Menghalang bahan kimia merbahaya pada alam sekitar masuk ke dalam kulit muka. .

3- Seaweed Extract

Seaweed mengandungi tinggi kandungan iodin, mineral dan vitamin yang diperlukan untuk kulit yang sihat dan cantik.

Satu fungi seaweed yang unik adalah ia bertindak sebagai exfoliator yang dapat membuang sel-sel kulit mati dan toksin pada kulit muka.

Ia juga membersihkan hingga ke dalam liang-liang pori. Segala kotoran yang tersumbat akan tersingkir. Kesannya saiz liang pori akan kembali mengecil. Dan tiada lagi masalah kulit muka berminyak.

Seaweed juga bertindak mengawal kelenjar penghasil minyak (sebum) dari menghasilkan minyak yang berlebihan.

Sebum yang terlampau banyak ini akan menyebabkan jerawat, spots dan blackheads.

Tidak banyak pencuci muka yang menggunakan gabungan ketiga-tiga bahan tini sekaligus. Ini mungkin akan menyebabkan masalah minyak di muka tidak dapat diselesaikan. Samaada kulit menjadi terlampau kering atau tambah berminyak.

Saya cadangkan Youth Luminous Gel Oil Cleanser. Ia satu-satunya pencuci muka yang mengabungkan ketiga-tiga bahan penting ini.

pencuci muka kulit kombinasi

Kesannya boleh dirasai seusai basuhan pertama. Ia bukan saja membersihkan tetapi merawat muka dalam masa yang sama.

Tiada lagi lebihan minyak yang mengganggu penampilan. Malah kulit muka akan jadi lebih sihat, cantik dan berseri.

Hanya guna sedikit untuk kesan yang optimum. Satu tiub Youth Luminous Gel Oil Cleanser boleh digunakan lebih dari 3 bulan. 

Mahu dapatkan cleanser ini segera?

Klik saja butang ‘Beli Sekarang’ di bawah ini.

pencuci kulit muka berminyak

Atau perlukan lagi info tentang pencuci muka ini? WA/SMS saya di 0167731892 sekarang.

Terima kasih sudi luangkan masa di sini. Jaga diri baik-baik ya.