5 Punca Kulit Berminyak Yang Paling Top

5 Punca Kulit Berminyak Yang Paling Top

April 9, 2019 0 By Suriya Majid

Ada 5 punca kulit berminyak yang sering dikaitkan. Walaupun begitu masih ramai yang tak sedar punca-punca itu ada disekitar mereka.

Punca Kulit Berminyak & Solusinya

1. Pemakanan

Kita di Malaysia terlampau banyak pilihan makanan yang ada. Tapi tahukah anda ada makanan yang tidak sesuai diambil jika kulit berminyak?

Makanan yang bergula tinggi, banyak garam, makanan bergoreng dan makanan sumber tenusu. Ini semua perlu dielakkan bagi mengawal sebum di muka.

Solusi, gantikan makanan di atas dengan makanan yang lebih sihat. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan. Selain itu, pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari.

2. Hormon Tidak Seimbang

Ianya adalah disebabkan gaya hidup yang kurang sihat. Mengabaikan pemilihan makanan sihat dan selalu tertekan. Selain itu, radikal bebas dari pencemaran udara pun boleh mencetuskan masalah ini.

Bagi masalah kulit berminyak, ianya terjadi akibat dari hormon androgens yang berlebihan. Semakin banyak hormon ini di dalam badan, makin banyaklah minyak yang akan keluar pada muka.

Solusi, seimbangkan kembali hormon. Caranya adalah dengan kembali mengamalkan diet sihat dan mula bersenam. Pengambilan suplemen yang bersesuaian seperti Vivix juga bagus bagi mengatasi masalah ini.

3. Salah Guna Produk Kosmetik & Skincare

Orang yang memiliki kulit jenis berminyak perlu berhati-hati sebelum menggunakan apa-apa produk muka.

Sebagai contoh, pencuci muka. Ya betul, muka anda bersih dari minyak. Bukan saja minyak yang lebih dicuci keluar, tapi minyak yang baik dan diperlukan juga habis keluar.

Muka jadi terlampau kering, dan ini menyebabkan makin banyak minyak yang akan dihasilkan.

Solusi, semak label produk penjagaan muka dan pastikan bahan-bahannya bagus untuk merawat kulit berminyak.

4. Stress

Stress juga adalah punca muka berminyak. Apabila stress, terdapat satu hormon jahat yang terhasil. Namanya cortisol.

Hormon ini akan meransang penghasilan sebum dan muka akan jadi semakin berminyak. Malah cortisol ini juga boleh jadi penyebab kepada kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.

Solusi, kawal stress dan tanganinya dengan baik. Alihkan perhatian kepada perkara yang membahagiakan.

5. Genetik

Jika ibu atau ayah mempunyai kulit berminyak, kemungkinan besar anda turut mewarisinya.

Solusi, amalkan diet seimbang dan lakukan senaman berkala. Ini akan membantu untuk mengawal muka dari berminyak teruk.

Apabila punca kulit berminyak sudah dikenalpasti, barulah lebih mudah untuk mengatasi masalah.Anda sudah hampir putus asa untuk atasi masalah muka berminyak dan jerawat teruk. Nanti dulu, yakinlah setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Mungkin inilah solusi kepada masalah anda. Nak tahu apakah caranya? Segera WA/SMS 0167731892 untuk mengetahui lebih lanjut.