Skincare Terbaik Untuk Wanita Akhir 30an

Skincare Terbaik Untuk Wanita Akhir 30an

April 15, 2019 0 By Suriya Majid

Wanita apabila umur sudah di akhir 30 dan nak masuk ke 40an, waktu ini adalah satu waktu yang paling bermakna.

Inilah masanya untuk kita menghargai diri sendiri. Anda sudah melalui pelbagai fasa kehidupan. Berkahwin, mengandung, berpantang, menyusukan anak, uruskan rumah dan anak-anak. Kerja keluar pagi, balik dan senja.

Sampai terlupa untuk jaga diri sendiri. Apatah lagi nak hargai dan beri hadiah pada diri sendiri. Wajah kita yang dulunya cantik, tenggelam dek kerana pengorbanan kita untuk keluarga tersayang.

Hadiahkanlah diri anda dengan skincare yang terbaik. Skincare yang dapat mengembalikan keremajaan dan kecantikan wajah anda.

YOUTH Skincare Terbaik Untuk Wanita Hebat Seperti Anda

YOUTH Skincare ini is berasal dari USA. Ianya telah dipasarkan di Malaysia pada April tahun lalu. Sejak itu, makin ramai wanita hebat yang jatuh cinta dengan YOUTH ini.

Sekali cuba, terus setia. Tak nak dah guna jenama lain. Muka nampak semakin muda, cantik dan lebih berkeyakinan.

Bukan sekadar nampak saja tau. Tapi skincare terbaik ini betul-betul telah membuat kulit muka mereka semakin muda. Macam mana?

Keberkesanan YOUTH ini telah diukur dengan teknologi The Skin Age Index. Ia mengukur kadar kedutan, saiz pori, tona kulit, keanjalan, tekstur kulit, hyperpigmentation, keserian dan kulit kendur.

100% wanita yang menggunakan YOUTH, usia kulit muka menjadi lebih muda. Dan 2/3 dari mereka, 10 tahun lebih muda. Wow bukan?

Skincare biasa-biasa mungkin tidak lagi sesuai dengan anda. Kulit muka memerlukan sesuatu yang hebat, sesuatu yang dapat memberikan kebaikan pada kulit muka.

Seperti YOUTH, bahan utama yang digunakan adalah muscadine grade, apple stem cells, lotus japonicus dan schisandra chinensis fruit extract.

Bukan itu saja tau, satu lagi bahan yang istimewa iaitu vital repair complex.

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

sumber: https://www.shaklee.com.my/ms/youth/

Youth Intensive Treatment and Repair Set

Set ini adalah set premium, kerana lengkap serba serbi. Ok mari saya kongsikan apa yang ada dalam set ini.

  1. Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)
  2. Perfecting Skin Toner (177ml)
  3. YOUTH Activating Serum (30ml)
  4. Radiance C+E (untuk kegunaan malam sahaja-60 kapsul)
  5. Age Defense Moisturiser – SPF 50 (50ml)
  6. Advanced Renewal Night Cream (50ml)
skincare untuk wanita 40 an

Apa yang istimewanya tentang set ini, anda tak perlu tunggu lama untuk rasai kesannya. Seawal penggunaan kali pertama anda akan rasai kesannya.

Selepas satu bulan, anda akan nampak perubahan ketara pada wajah. Nanti mesti ada kawan-kawan di pejabat yang tertanya-tanya dan kagum, muka anda nampak lain.

Silap hari bulan, ada yang menyangka anda lebih muda dari usia sebenar. Mesti rasa bangga kan? Biasalah ini memang lumrah kita orang perempuan, suka dipuji-puji.

Sayangilah Diri Anda, Berikan Yang Terbaik

Inilah skincare yang terbaik untuk anda. Hadiah terbaik yang pastinya membawa lebih banyak kebahagiaan dalam hidupmu.

Anda layak menerima yang terbaik, kerana anda seorang wanita yang hebat. Milikilah YOUTH sekarang juga. Terus saja WA/SMS saya Eray di 0167731892.

Eray tunggu ye, bye! Terima kasih.