Bagaimana Memulakan Perniagaan Kali Pertama?

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kali Pertama?

Julai 4, 2019 2 By Suriya Majid

Setiap perkara pasti ada kali pertama, samalah juga untuk perniagaan. Oleh itu bagaimana memulakan perniagaan kali pertama?

Ilmu ini sudah lama saya dapat, sampai sekarang saya pegang dan kalau ada rakan yang bertanya pasti saya kongsikan. Hari ini saya kongsikan pula di sini.

Saya pasti mesti ada yang sedang pening dan mencari-cari tips cara untuk mula berniaga.

5 Tips Bagaimana Memulakan Perniagaan Kali Pertama

1- Mulakan Kecil

Pepatah mat saleh “start small and end big”.

Ini maksudnya kita mulakan dengan cara yang kecil dahulu. Kalau untuk perniagaan, mulakan dengan modal yang ada di tangan.

Banyak perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal serendah RM100, contoh bisnes jual kek coklat.

Atau jika anda berhajat untuk bisnes secara online, mulakan dengan menggunakan telefon yang sedia ada dan akaun FB yang sudah lama diwujudkan.

Bisnes yang boleh saya cadangkan adalah bisnes Shaklee. Hanya dalam masa 24 jam saja anda dah boleh mula berniaga.

2- Jual Barang Orang Lain

Paling mudah dan paling selamat adalah dengan jadi drop shipper.

Anda tak perlu keluar modal langsung. Apa yang perlu buat hanya promosi dan buat pemasaran. Zaman sekarang nak buat dua benda ni mudah saja.

Gunakanlah platform sosial media yang anda selesa FB, IG atau Twitter. Ataupun terus jadi blogger, untung-untung boleh jadi macam Cik Epal. Mahsyuk woi.

Stok barang pun tak perlu pegang. Pemilik barang yang akan poskan pada pelanggan anda. Senang bukan?

Konsep drop shipper ini lebih kurang sama dengan bisnes Shaklee. Cuma apa yang berbeza anda kena jadi ahli Shaklee terlebih dahulu. Yuran pendaftaran hanya RM65.

Semua bahan-bahan untuk promosi akan diberikan. Malah akan ada mentor yang akan berikan bimbingan sepanjang anda berniaga.

Bila sudah dapat order, tunggu pelanggan bayar. Kemudian anda buatlah order di http://shaklee2u.com.my.

Nanti Shaklee yang hantarkan terus ke alamat yang pelanggan berikan. Jika ada kerosakan barang atau hilang anda tak perlu serabut, sebab semua Shaklee tanggung.

Bulan depan masukkan bonus dalam akaun.

3- Steady Jangan Gelojoh

Ramai orang suka nak kaya cepat, atau nak untung cepat. Percayalah benda yang kita dapat cepat, ianya juga cepat hilang.

Tak kisah kita mula dengan bisnes skala kecil, sikit-sikit kita berkembang.

Contoh, kalau dulu kita drop shipper. Bila sudah ada modal pusing barulah boleh jadi agen, beli sedikit stok. Untung pun akan jadi lebih besar.

Biar untung sikit, dari terpaksa hadap rugi besar.

Belajar sesuatu?

4- Bisnes Risiko Rendah

Aspek ini pun perlu diambil kira.

Sebelum mulakan perniagaan, cuba senaraikan apa risiko yang boleh terjadi. Saya bagi contoh bisnes burger, anda mungkin tak boleh nak buka kedai kalau hujan lebat. Atau boleh jadi juga sayur rosak sebab lupa atau tak simpan dengan elok. Dan pelbagai lagi.

Bagi mengelakkan kerugian, pilih bisnes yang risikonya lebih rendah macam bisnes Shaklee.

5- Bisnes Boleh Dibuat Dari Rumah

Ada sesetengah bisnes memerlukan anda untuk melaburkan sebilangan duit untuk sewa kedai atau pun premis.

Kosnya pun bukanlah calang-calang. Paling koman RM500 sebulan. Banyak tu kalau anda newbie.

Oleh itu, pilihlah bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah. Tak kisahlah anda nak buat sepenuh masa, atau separuh masa. Tak perlu keluarkan modal tambahan, tapi tetap untung masuk.

Anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee? Boleh klik Nak Bisnes Shaklee untuk terus ke WA saya.

Terima kasih.